Wanita cedera disamun dari belakang, polis buru gelandangan berambut panjang

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita dipercayai  disamun lelaki berkenaan ketika berjalan kaki seorang diri menuju ke pusat beli-belah tersebut sebelum diserang suspek dari arah belakang dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, sebaik sahaja menghampiri wanita itu, suspek yang dianggarkan berusia 40-an menendang mangsa dari arah belakang.

Polis ketika ini memburu seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian samun dekat laluan pejalan kaki berhampiran Bangunan Center Point di Pusat Bandar Klang di sini, Selasa lalu.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, mangsa seorang diri berjalan kaki dalam perjalanan menuju ke Center Point Klang ditendang dari belakang oleh suspek sehingga menyebabkannya terjatuh sebelum disamun.

“Suspek kemudian bertindak agresif dengan memukul mangsa di bahagian muka dan kepala sebelum melarikan diri. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikatakan dipukul lebih 20 kali menggunakan telefon bimbit miliknya selain ditendang serta dicederakan mata sebelah kanan.

Tambah Vijaya Rao, polis menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 12.25 tengah malam semalam sebelum mengenal pasti suspek berdasarkan pengecaman wajah oleh mangsa.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Berdasarkan maklumat, suspek dikatakan seorang gelandangan, berbadan kurus, berkulit sawo matang, berambut panjang paras bahu dan dianggarkan berumur 40-an. 

“Polis membuka kertas siasatan di bawah seksyen 393 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat tepat berkaitan suspek boleh ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat,” ujarnya.

Terdahulu tular satu hantaran dalam Facebook oleh seorang pengguna yang mendakwa isterinya diserang, dipukul dan diragut selepas meletakkan keretanya di Jalan Taiping.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen