Barang lambat sampai ada pontensi rosak, ini cara mudah buat aduan elak nasib sama berulang

Berbelanja secara atas talian kini menjadi pilihan utama kebanyakan orang kerana memudahkan urusan.

Namun, disebabkan hal sebegitu ada pula kekurangan lain bilamana, ada dari kalangan pengguna mengeluh barangan mereka 'diperam' oleh syarikat kurier dan tak kurang juga mengalami kerugian kerana barang yang diterima rosak.

Cara buat aduan 'parcel' lambat sampai

Bagi menuntut semula hak kita sebagai pengguna atau mungkin inginkan keadilan dalam kes tersebut, berikut merupakan cara membuat aduan kepada pihak terlibat:

1. Layari laman web aduan.skmm.gov.my

2. Tekan 'ADUAN BARU' dan isikan ruangan seperti dinyatakan.

3. Nyatakan jenis aduan

4. Isi 'details pada 'Maklumat Pengadu'

5. Isi maklumat aduan

6. Muat naik bukti untuk kukuhkan lagi aduan

(Contoh: screenshot nombor tracking ataupun suara perbualan dengan customer service.)

7. Tandakan pada bahagian pengesahan dan tekan 'Hantar/Submit'

Moga dengan adanya platform aduan ini dapat melancarkan lagi urusan penghantaran selepas ini, sementara dari pihak syarikat pula dapat menambah baik servis mereka agar kejadian sedemikian tidak berulang.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen