Jenis-jenis Nafkah Untuk Isteri Yang Suami Perlu Ambil Tahu Dan Penuhi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nafkah terbahagi kepada dua, iaitu nafkah zahir dan nafkah batin. Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memberi dan memenuhi kedua-dua nafkah kepada isterinya. Meskipun, isterinya mempunyai sumber pendapatan yang tersendiri. Walaupun begitu, isteri tidak boleh meminta sesuatu yang melebihi dari kemampuan suaminya. Dalam hal ini juga, pembayaran nafkah turut dipertimbangkan mengikut kadar kemampuan seorang suami. Namun dalam pemberian nafkah ini, si suami wajib memberikan nafkah dari sumber yang halal. Hal ini kerana, setiap apa yang diberikan itu akan menjadi darah daging isteri dan anak-anaknya kelak.



“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” Surah An-Nisaa’ ayat 32.

Jumhur ulama’ mengatakan, kewajiban nafkah terhadap orang lain terjadi disebabkan oleh tiga perkara, iaitu hubungan perkahwinan, hubungan kerabat (kekeluargaan), dan hubungan milik (tuan terhadap hambanya). [Imam Nawawi, Raudah at-Talibin, 6/449].

Nafkah zahir.

Nafkah zahir ini adalah meliputi dari segi pakaian, makanan dan tempat tinggal yang selamat yang perlu disediakan suami untuk anak-anak dan isterinya. Ia juga termasuk dengan perkara-perkara lain yang bersesuaian dengan kehidupan hari ini. Jika si suami tidak memberikan nafkah padahal ia mampu, maka si isteri berhak meminta dari suami namun hanya cukup-cukup untuk buat mereka dan tidak secara berlebihan.

Suami perlu memenuhi keperluan isteri yang terdiri daripada tujuh perkara, antaranya:


1. Makanan.
2. Bahan-bahan dapur seperti rempah-ratus, bawang, minyak masak, garam, gula, asam, termasuk lauk-pauk dan sebagainya.
3. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu).
4. Pakaian.
5. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
6. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidur dan sebagainya.
7. Tempat tinggal (rumah).

Nafkah batin.

Dalam nafkah ini pula, ia bukannya hanya berdasarkan hubungan di dalam bilik sahaja, namun ia juga termasuk mengenai menyenangkan hati si isteri dengan kata-kata pujian dan sokongan. Di samping itu juga, mendengar luahan isteri, berbual, bermesra serta memberikan didikan agama juga turut dikenali sebagai nafkah batin.

Jika si suami tidak memberikan nafkah atau melaksanakan tanggungjawabnya, maka si suami sedang berhutang dengan isteri dan anak-anaknya. Di mana hutang tersebut tidak akan gugur walaupun si suami telah meninggal dunia atau pun berlaku penceraian terhadap kedua-dua pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen