Bercuti ke Thailand bawa kereta sendiri? Menarik! Ini 8 perkara wajib buat

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak sempadan Thailand mula dibuka, pasti ramai berpusu-pusu ingin ke negara tersebut memandangkan sudah lama merindui keenakan makanan mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga yang teruja untuk ke sana bagi nikmati keindahan pantai yang bakal menyegarkan mata semua pengunjung.

Tapi melancong lebih seronok sekiranya melalui jalan darat dan menaiki kenderaan persendirian.

Melancong ke Thailand guna jalan darat.

Nak tahu macam mana caranya melancong ke Thailand guna jalan darat? Jom baca perkongsian dari Kyra Shakira ini.

Peringatan! Tak perlu dah untuk buat PCR test bagi yang dah lengkap vaksin. Kami dapat cop untuk 30 hari dekat pasport. Kalau guna border pass, limit 3 hari sahaja dan terhad 5 wilayah selatan.

  1. Beli insurans untuk 4 hari, saya beli di Tune. Untuk caj yang dikenakan bagi dua dewasa, satu kanak-kanak, satu bayi adalah RM91.50. Tambah adik saya RM33.75 dan emak (warga emas) RM157 untuk sebulan. Boleh rujuk link ini.
  1. Register Thai Travel Pass, dua jam je dah lulus. Sebelum nak pergi kena apply Thai Pass ni dulu ya. Nanti dah lulus dorang akan email QR code. Rujuk link ini.
  2. Beli insurans untuk kereta siap-siap. Dalam RM28 untuk 18 hari.
  3. Cop pasport belah Malaysia, bila selesai terus ke sempadan Thailand.



  4. Ambil borang TM 2 & TM 3 di kaunter belah Thailand, isi borang mengikut kenderaan. Lepas isi,
    pulangkan di kaunter dan buat bayaran RM10.
  5. Isi borang white card untuk setiap pasport (individu).
  6. Buat health screening, tunjuk QR code travel pass.
  7. Cop pasport imigresen Thailand.
  8. Pemandu kereta pergi ke bahagian kastam untuk serahkan declaration form kenderaan.
  9. Selesai. Sawadikappp!

Tak lupa, Simcard Thailand korang boleh beli siap siap dekat Malaysia beli kat link bawah ni harga pun murah. Senang bila masuk border terus masuk simcard dalam henpon terus boleh guna. Tak payah nak register bagai dah. Unlimited data pula tu.

Dengar-dengar kata bulan 6 Kerajaan Thailand akan longgarkan lagi syarat kemasukan ke sana.

Selamat bercuti!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen