Lama tunggu 'nurse' bertugas, lepas setengah jam tengok rupanya tenang berjalan beli sarapan?

Acap kali kita dengar akan rungutan orang ramai sewaktu berurusan dengan mana-mana organisasi kerajaan.

Kebiasannya ia terkait dengan pengurusan waktu, bilamana segelintir dari kalangan mereka membuat pelanggan tertunggu-tunggu sehinggakan urusan yang sepatutnya cepat menjadi lambat.

Nurse lambat sebab beli makanan?

Misalnya seperti yang diadukan oleh pemilik akaun Twitter ini yang mana ciapannya telahpun menjadi perhatian netizen sekaligus membanjiri ruangan komen dengan pelbagai respon.

Menurutnya, seawal jam 7.55 pagi lagi dia sudah berada di klinik berkenaan untuk urusan tersebut, namun waktu urusannya berganjak sedikit kerana mendapati staf yang bertugas tiada ketika itu.

Setengah jam menunggu, rupanya mereka baru pulang daripada membeli sarapan pagi sebelum memulakan kerja mereka.

"Harap lebih menghormati masa"

Walau bagaimanapun, urusan cucuk bayinya selepas itu berjalan lancar, namun dia meletakkan harapan agar kejadian sama tak berulang lagi selain menegur agar kakitangan kerajaan lain juga lebih menghormati masa orang lain.

"Baguslah viral, tak hormat masa orang"

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon mewakili suara orang ramai berhubung insiden tersebut.

Ujar mereka hal sedemikian sudah sering kali terjadi, bahkan sudah lali pun dengan sikap mereka.

 

 

"Biasa pergi KK tak pernah kurang 2 jam"

 

"Biasalah tu, tak payah jadi isu kot"

Namun, tak kurang juga yang menyelar tindakan netizen yang asyik menyalahkan staf kerajaan.

 

"Bayar seringgit nak servis tiptop"

"Kena faham, diaorang manusia biasa"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen