Masa depan cerah kalau ambil aliran Sains? Pakar minta ibu bapa bagi ruang, jangan paksa anak

Bukan ingin merendahkan sesiapa, namun tidak dinafikan bahawa ada segelintir masyarakat masa kini meletakkan jurang di dalam sistem pendidikan dengan membanding-bandingkan pelajar aliran Sains dan Sastera.

Menurut mereka, pelajar aliran Sains itu lebih cerdas dan mempunyai masa depan yang cerah kerana skop pekerjaannya yang luas, tambahan pula gajinya amat berbaloi.

 

Betul ke pelajar aliran Sains lebih pandai?

Namun, sejauh mana kebenaran terhadap perkara itu? Berikut merupakan antara respon individu yang arif dan sangat dekat dengan sistem pendidikan:

1. Prof. Madya Dr.Ramzah Dambul- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah.

Beliau berpendapat pemisahan aliran Sains  dan ekonomi menyebabkan sistem pendidikan negara gagal melahirkan generasi pencipta dalam kalangan lepasan pendidikan tinggi.

"Hampir 80% saintis dan teknologis Malaysia berada di universiti. Secara perbandingan di Korea Selatan, lebih 80% golongan ini berada di sektor industri."

"Hal ini bermaksud, kita melahirkan pakar teknikal yang cuma berkelayakan mengajar dan menyelidik, sedangkan Korea Selatan menghasilkan  saintis dan tekonologis yang benar-benar berdaya cipta."

2. Dr. Maszlee Malik - Bekas Menteri Pendidikan

Beliau pernah mencadangkan untuk memansuhkan sistem aliran sains dan aliran sastera dalam ucapannya di Jerman pada 14 Oktober 2019.

Demikian kerana wujudnya isu tegang persaingan antara pelajar aliran sains dan aliran sastera sekaligus menyebabkan wujudnya stigma terhadap pelajar aliran sains lebih pandai berbanding pelajar di aliran sastera atau seni.

Soalnya, mengapa perlu merendahkan pelajar yang mempunyai minat selain daripada bidang sains?

3. Ezummi Ali - Kaunselor SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub

Stigma pelajar aliran Sains lebih pandai berbanding sastera tidak sepatutnya wujud.

"Kita perlu faham dan jelas bahawa aliran-aliran ini mempunyai kesukaran dan cabaran masing-masing. Mata pelajaran yang dipelajari juga berbeza. Jadi, tidak adil jika kita nilai kedua-duanya dengan kayu ukur yang sama."

Percaya pada rezeki

Sementara itu, berkenaan dengan peluang pekerjaan pula, masyarakat perlu sedar bahawa bukan hanya pelajar berkelulusan aliran sains sahaja berpeluang untuk bekerja dengan gaji lumayan.

Pelajar berkelulusan aliran sastera turut mendapat peluang pekerjaan yang banyak dan mereka juga boleh menceburkan diri mereka dalam pelbagai bidang.

Walau apapun, bersainglah secara sihat dan jangan sampai wujudnya jurang antara pelajar sehingga ada yang menganggap mereka lebih baik dari yang lain.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen