Mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak tahu bahawasannya sebarang aktiviti berjual beli secara atas talian yang dibuat ketika solat Jumaat, hukumnya adalah haram.
Haram aktiviti jual beli ketika solat Jumaat
Perkara itu difatwakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan sekaligus bagi menjawab pertanyaan ramai berkaitan hukum melakukan aktiviti tersebut ketika solat Jumaat.
"Konteks ini juga adalah sama seperti larangan syarak terhadap melakukan transaksi jual beli biasa dan seumpamanya yang boleh melalaikan."
"Oleh itu, dinasihatkan untuk umat Islam menjauhkan diri daripada kesalahan ini dan melakukan transaksi jual beli tersebut selepas selesai waktu solat Jumaat."
Menghayati ibadah dengan hati tenang
Secara terperincinya, larangan transaksi bermula azan kedua bagi solat Jumaat dan imam berada di atas mimbar, sepertimana yang berlaku pada zaman Rasullah.
Bagi umat Islam pula, pasti tahu bahawasannya ibadah mestilah dilakukan dengan khusyuk dan menghayati dengan hati yang tenang.
Tinggalkan Komen