Ketika Hati Anda Diketuk Tanpa Izin, Adakah Anda Sudah Bersedia?

Tidak kira umur dan rupa, malah darjat dan harta, semua insan ingin mencintai dan di cintai. Ketika hatinya mudah terbuka untuk insan lain, hatinya lemah dan tercemar. Ketika hatinya akhir menjadi keras, namun tiada siapa pula yang berani menyentuh.



Sama ada lelaki mahupun wanita, mereka sentiasa mencari-cari cinta sejati. Ketika ingin mengetuk hati sang kekasih hati, tetapi menunggu pula si dia melakukan solat istikharah. Jika diberi petunjuk, akhirnya kecundang dan tiada jodoh. Ketika anda telah bersiap sedia melakukan persiapan untuk perkahwinan, cukup hantaran, menjemput ramai kenalan, akhirnya putus di tengah jalan. Kebahagiaan anda di awang-awangan. Adakah ia suratan?

Sudah bertahun-tahun tidak mempunyai pasangan, anda menjadi semakin buntu apabila ahli keluarga mempunyai pelbagai persoalan. Bilakah anda akan bersedia untuk melupakan semua kenangan silam dan meneruskan kehidupan?


Saat anda tidak lagi mencari pasangan untuk menutup segala kesunyian, anda masih mengharapkan suatu keajaiban daripada-Nya. Ketika datangnya insan baru dalam hidup, anda tidak mahu memberi sebarang harapan dan tidak mahu mengharap daripada si dia. Kenapa? Kerana anda terlalu risau jika anda kembali terluka.

Si dia datang dengan penuh harapan dan menunggu jawapan. Anda masih lagi tidak bersedia. Kita hanya manusia biasa yang punya dosa, memohon ampun daripada-Nya supaya di buka kan hati untuk menerima insan baru. Mengapa mahu menyeksa diri untuk bergelumang dengan kisah lama? Hati remuk sukar diperbaiki, tetapi jasad terkapai-kapai mencari sinar mentari.

Usah menyeksa dan terseksa. Setiap insan berhak diberi peluang. Ketika hati anda diketuk oleh insan lain, cuba membuka lembaran hidup baru. Setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing untuk memikat hati anda, jangan membandingkan dengan kekasih hati yang lama. Yakin pada Allah, yang Dia ingin memberi insan yang terbaik untuk anda. Jika anda lepaskan, kelak akan menyesal di kemudian hari.
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen