Buka radio kuat2, staf tak hirau pelanggan suruh perlahankan, siap menari tunjuk bagus

Tiada orang ingin keruhkan keadaan, melainkan ada pihak enggan menyelesaikannya dengan cara baik.

Misalnya seperti yang menimpa lelaki ini sewaktu makan malam di sebuah restoran kegemarannya bersama keluarga.

 

Staf restoran buat hal

Menurut pemilik akaun Facebook Ameerul Anwar, sewaktu berkunjung ke restoran tersebut, dia telah menegur seorang staf untuk memperlahankan sedikit bunyi radio di kedai itu.

 

 

 

Pasang lagu kuat2 , tak hormat pelanggan

Bagaimanapun, datang pula staf yang lain memarahi rakan kerjanya berbuat demikian dan kembali menguatkan semula radio yang dipasang di premis berkenaan.

Lebih biadap lagi, staf terbabit juga dengan beraninya menari-nari pula menghayati lagu yang diperdengarkan ketika itu membuatkan Ameerul sebagai pelanggan rasa tercabar.

"Minta maaf banyak2, last aku makan situ"

Enggan menambah masalah, dia kemudiannya memilih untuk segera pulang, sementara lebihan makanan yang tak sempat habis itu dibungkus.

Dia akui kecewa dengan kejadian tersebut kerana bukan kali pertama dia datang menikmati satay di sana, namun insiden pada malam itu benar-benar membuatkan dia serik dan tidak mahu lagi singgah ke sana.

"Diaorang sembang pun kuat-kuat"

Sementara itu, apabila menjengah ke ruangan komen, nampaknya ada yang pernah berdepan nasib sama.

 

"Dia ingat dalam kelab agaknya"

 

 

"Harap owner ambil iktibar"

Menurut mereka, sikap staf sedemikian benar-benar membuatkan pelanggan putus selera dan serik.

 

"Staf banyak main"

"Bila tegur buat muka taik"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen