Bukan setakat buang, lelaki rupanya pernah bakar patung jiran lain juga

Gara-gara membuang patung dewa milik jirannya, seorang pembantu kedai didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret pada Isnin.

Tertuduh mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengambil dan membuang patung hiasan pada pancuran air di sebuah kawasan perumahan.

 

Lelaki buang patung dewa didenda

Memetik laporan Berita Harian, hukuman dijatuhkan Majistret, Sharifah Maleeha Syed Hussin terhadap tertuduh iaitu Gabriela Jungkak Anak Steward.

Selain itu, Majistert turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Rupanya pernah bakar patung jiran?!

Sebelum hukuman dijatuhkan, Gabriele Jungkak dalam rayuannya berkata, dia bertindak demikian kerana patung tersebut telah mengganggunya.

Malah, dia yang berusia 23 tahun itu juga mendakwa pernah membuang serta membakar patung lain di kawasan lain.

Majistret nasihat belajar hidup berjiran

Sharifah Maleena bagaimanapun menasihatkan tertuduh supaya tidak mensia-siakan hidupnya, selain belajar untuk hidup berjiran.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen