Sudi jaga mentua hingga akhir hayat, ipar duai bikin wanita ini nangis di hari ulang tahun

Meskipun status dirinya sebelum ini adalah ibu tunggal, namun keluarga suaminya yang kedua tidak pernah meletakkan jurang dalam silaturrahim dengannya.

Sebaliknya, menghargai kehadirannya dalam keluarga dan dilayan dengan baik sekali, termasuklah menerima kejutan istimewa yang tidak disangka-sangka pada hari ulang tahun.

 

Ulang tahun sehari lepas mentua meninggal dunia

Berkongsi lanjut 'moment' istimewa itu, dia bernama Nor Azrin Ariffin berkata ketika itu secara kebetulan kesemuan ahli keluarga sebelah suaminya pulang ke kampung untuk menziarahi arwah ibu mentuanya yang baru sahaja meninggal dunia.

"Pada 11 Mei, ibu mentua saya meninggal dunia selepas dua bulan terlantar kerana kesan Covid-19. Jadi, semua adik beradik belah suami pulang ke kampung."

"Keesokannya 12 Mei pula hari lahir saya dan Hari Jururawat, tapi saya memang tak harapkan apa-apa pun sebab masing-masing sedang bersedih."

-Nor Azrin-

Tak dapat sebarang ucapan istimewa

Malah, dia tidak menerima sebarang ucapan istimewa sepanjang hari itu sehinggalah apabila menjelang petang dia disuruh pulang  segera oleh kakak iparnya.

"Kakak ipar beritahu anaknya gatal-gatal minta saya tengokkan. Pukul 8 malam sampai, saya masuk bilik anaknya."

"Punya belek seluruh badan tapi tak ada apa langsung. Rupa-rupanya masa dalam bilik anak saudara, mereka di luar kalut bawa kek dan ready nak prank."

"Masa tu beristighfar sekejap... saya sebak dan cakap tak perlu pun buat semua ni, saya tak minta dan faham situasi sekarang."

"Tapi kakak-kakak ipar cakap, kita sama-sama jaga arwah ibu. Memang menitis air mata. Pertama sebab teringat mak meninggal, kedua sebab famili mentua sangat hargai saya."

-Nor Azrin-

Sementara itu, berkongsi lanjut tentang arwah ibu mentuanya, Azrin memberitahu bahawa selama arwah terlantar, dia bergilir-gilir menjaganya memandangkan tinggal berdekatan dengan rumah mentua.

Bersempena dengan hari itu, ipar duainya saling berpakat untuk membuat kejutan sekaligus sebagai tanda menghargai pengorbanannya selama ini membuatkan dia tersentuh.

 

@momoftripleaaa sejak2 tua ni sis kerap buat drama ayaq mata terima kasih family tersyg terima kasih cinta hati sampai mati @ayiebudakcat  love u till my last breath #birthday #nursesday #nursesday2022 #nursesday2022 ♬ original sound - . - tony⁸⁸

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen