Rumah takde aircond? Ini 9 cara nak sejukkan ruangan tanpa modal besar! Memang jimat!

Oleh: Shasha Zack

Sejak akhir-akhir ini, tak dinafikan cuaca yang terlampau panas, mengundang tak selesa dalam setiap individu. Tambahan pula, bukan semua orang mampu untuk memiliki pendingin hawa yang memakan kos dan bil elektrik yang melambung setiap bulan.

Justeru, berikut ada beberapa tips untuk mengurangkan kepanasan dan bahang dalam rumah atau di mana-mana ruangan, tanpa perlu modal yang besar!

1. Bekukan ais, letak dalam bilik

Bekukan air, dalam plastik atau bekas dan letakkan di dalam besen. Pastikan ais yang dah menjadi, letak betul-betul bawah kipas. Kalau anda gunakan kipas berdiri, letakkan ais di hadapan kipas.

Angin yang terkena ais akan jadi lebih sejuk, dan boleh kurangkan kepanasan dalam bilik.

 

9 Cara Sejukkan Ruang Bagi Rumah Yang Tiada Air Cond - Vanilla Kismis 

2. Isi penuh besen yang besar, letak bawah kipas

Letakkan bekas berisi air di dalam bilik, boleh kurangkan kepanasan dan buat udara lebih nyaman tau!. Ini kerana, wap panas yang ada dalam rumah, meresap dalam air dalam besen dan membuang haba dalam rumah.

Untuk kesan lebih efektif, guna kan besen lebih besar supaya lebih banyak air boleh diletak dan wap panas lebih banyak terserap.

 

TIPS CARA SEJUKKAN RUMAH | Ceritera Si Gadis Biru

3. Halakan kipas keluar tingkap atau pintu

Pasang kipas dan halakan ke luar tingkap seketika untuk menolak haba panas keluar dari rumah. Hal ini dilakukan kerana haba-haba panas yang terkurung di dalam bilik, terutama pada waktu tengahari hanya berlegar di dalam bilik dan tak keluar.

Jadi, halakan sekejap keluar, untuk buang udara panas yang terperangkap dalam bilik, supaya bahang dalam bilik boleh dikurangkan.

VIDEO] Ini Teknik Guna Kipas Untuk Keluarkan B4hang Panas Dalam Rumah – Teh  Tarik Kaw

 

4. Guna lampu dari jenis kurang memancarkan haba, contoh fluorescent

Penggunaan lampu juga memainkan peranan. Digalakkan menggunakan ‘flourescent bulb’ untuk mengurangkan sedikit haba kerana ianya kurang menggunakan tenaga elektrik.

Selain itu, dinasihatkan untuk sentiasa menutup suis lampu yang tidak digunakan untuk mengelakkan haba panas.

 

Lampu Rumah 4 kaki Philips T8 fluorescent ceiling tube light, Furniture &  Home Living, Home Decor, Carpets, Mats & Flooring on Carousell

5. Letakkan pokok ekor kucing dalam rumah

Bukan saja boleh mencantikkan rumah, tapi juga boleh menyamankan udara yang bahang! Pokok ekor kucing merupakan salah satu pokok yang boleh menyejukkan ruangan.

Selain itu, pokok lain yang sesuai juga adalah pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah.

Rumah Panas Tiada Air Cond, Ini 9 Cara DIY Untuk Sejukkan Rumah Anda

6. Letak humidifier di kawasan berdekatan kipas

Selain itu, antara cara lain ialah beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ianya boleh membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.

Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.

200ML Ultrasonic Humidifier USB Diffuser Car Air Aroma Atomizer Home Mist  Maker Air Humidifier Fogger | Shopee Malaysia

7. Guna cadar fabrik, elak panas

Penggunaan cadar dari jenis kain fabrik boleh membantu mengurangkan kepanasan dan memberikan keselesaan ketika tidur.

CADAR ENGLISH, MODEN DAN KARTUN (100% COTTON 350~360 THREAD COUNT): 2011

8. Tutup langsir dan tingkap

Ketika cuaca panas terik, lebih baik tingkap, pintu dan langsir tidak dibuka untuk mengelakkan haba dan cahaya bahang memasuki ruangan.

Cara Nak Sejukkan Rumah Waktu Cuaca Panas Terik Tapi Bil Elektrik Tak  Tinggi!

9. Tidur di lantai

Bila terasa bahang, tips berkesan adalah tidur di lantai kerana udara di bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.

Susah Tidur Bila Malam Panas? Ini 10 Cara Mudah Nak Sejukkan Bilik Selain  Guna 'Aircond' 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen