Sejak akhir-akhir ini, tak dinafikan cuaca yang terlampau panas, mengundang tak selesa dalam setiap individu. Tambahan pula, bukan semua orang mampu untuk memiliki pendingin hawa yang memakan kos dan bil elektrik yang melambung setiap bulan.
Justeru, berikut ada beberapa tips untuk mengurangkan kepanasan dan bahang dalam rumah atau di mana-mana ruangan, tanpa perlu modal yang besar!
1. Bekukan ais, letak dalam bilik
Bekukan air, dalam plastik atau bekas dan letakkan di dalam besen. Pastikan ais yang dah menjadi, letak betul-betul bawah kipas. Kalau anda gunakan kipas berdiri, letakkan ais di hadapan kipas.
Angin yang terkena ais akan jadi lebih sejuk, dan boleh kurangkan kepanasan dalam bilik.
2. Isi penuh besen yang besar, letak bawah kipas
Letakkan bekas berisi air di dalam bilik, boleh kurangkan kepanasan dan buat udara lebih nyaman tau!. Ini kerana, wap panas yang ada dalam rumah, meresap dalam air dalam besen dan membuang haba dalam rumah.
Untuk kesan lebih efektif, guna kan besen lebih besar supaya lebih banyak air boleh diletak dan wap panas lebih banyak terserap.
3. Halakan kipas keluar tingkap atau pintu
Pasang kipas dan halakan ke luar tingkap seketika untuk menolak haba panas keluar dari rumah. Hal ini dilakukan kerana haba-haba panas yang terkurung di dalam bilik, terutama pada waktu tengahari hanya berlegar di dalam bilik dan tak keluar.
Jadi, halakan sekejap keluar, untuk buang udara panas yang terperangkap dalam bilik, supaya bahang dalam bilik boleh dikurangkan.
4. Guna lampu dari jenis kurang memancarkan haba, contoh fluorescent
Penggunaan lampu juga memainkan peranan. Digalakkan menggunakan ‘flourescent bulb’ untuk mengurangkan sedikit haba kerana ianya kurang menggunakan tenaga elektrik.
Selain itu, dinasihatkan untuk sentiasa menutup suis lampu yang tidak digunakan untuk mengelakkan haba panas.
5. Letakkan pokok ekor kucing dalam rumah
Bukan saja boleh mencantikkan rumah, tapi juga boleh menyamankan udara yang bahang! Pokok ekor kucing merupakan salah satu pokok yang boleh menyejukkan ruangan.
Selain itu, pokok lain yang sesuai juga adalah pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah.
6. Letak humidifier di kawasan berdekatan kipas
Selain itu, antara cara lain ialah beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ianya boleh membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.
Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.
7. Guna cadar fabrik, elak panas
Penggunaan cadar dari jenis kain fabrik boleh membantu mengurangkan kepanasan dan memberikan keselesaan ketika tidur.
8. Tutup langsir dan tingkap
Ketika cuaca panas terik, lebih baik tingkap, pintu dan langsir tidak dibuka untuk mengelakkan haba dan cahaya bahang memasuki ruangan.
9. Tidur di lantai
Bila terasa bahang, tips berkesan adalah tidur di lantai kerana udara di bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.
Tinggalkan Komen