Sebab bagi anak makanan 'frozen', Mariam kecewa dikritik tak reti jaga anak?

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka, lebih-lebih lagi di usia anaknya yang masih kecil.

Mereka pastinya akan menjaga dan merawat anaknya dengan memastikan segala keperluan nutrisi diterima adalah yang terbaik.

Kena 'bahan' sebab bagi anak makanan frozen

Begitulah juga yang diharapkan oleh pasangan 'influencer' ini, Ryzal dan isterinya Maryam.

Namun, menerima kecaman dan kritikan pula apabila ada komen-komen dari pihak di luar sana apabila melihat Maryam menghidangkan makanan untuk anaknya yang telah disejuk bekukan.

 

Hal itu jelas sekali memberi impak buat Maryam sebagai ibu kerana ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa anaknya, Rina menerima makanan yang sihat.

"Makanan tu dia buat tiap malam"

Bagaimanapun, Maryam tidak membalas kecaman tersebut tetapi suaminya, Ryzal meminta agar pihak terbabit berhenti berbuat demikian.

"Saya bagitahu Maryam orang macam ni dia nak perhatian saja, sebab Maryam tak pernah reply mesej dia rasanya. Saya minta Maryam block dia, kalau dia di sini, minta 'unfollow' kami"

"Makanan baby tu Maryam buat tiap malam untuk makan pagi esok sampai malam."

"Sehingga sekarang, Maryam tak pernah beli makanan baby di luar, semuanya dia buat sendiri."

 

"Sekurangnya Maryam berusaha"

Susulan luahan, ramai menitip ucapan semangat buat Maryam yang mana rata-ratanya meminta agar dia mengabaikan segala komen tersebut.

 

"Jangan risau, air tangan ibu yang terbaik"

 

"Abaikan selagi mana awak tahu apa yang terbaik"

Menurut mereka, selama mana tindakannya tidak memudaratkan anaknya yang masih kecil, ia sudah memadai.

 

"Orang tu tak ada ilmu"

 

Anda masih keseorangan?

1,103,854 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen