Pakai jam kakak tak bagitahu, adik ketawa kena tegur ketika sedang 'live' berita

Keakraban sesama adik beradik memang tidak dapat disangkal lagi.

Percaya atau tidak, tahap keserasian itu sehingga mereka boleh tidur sebantal, tak kisah makan sepinggan, malah saling tak keberatan untuk bertukar pakaian, hatta ia barang kesayangan sekalipun.

 

"Adakah awak pakai jam saya?"

Misalnya seperti yang dilalui oleh adik beradik ini, yang mana perkongsiannya ada dimuat naik semula oleh dr.Chagung di laman Tiktok.

Menerusi paparan itu, menyaksikan seorang wartawan sedang membuat liputan secara langsung.

 

@drchagung30 Kebiasaan adek2 suka ngutil barang kakaknya #fyp #foryoupage #foryou #fypシ゚viral ♬ suara asli - dr.Chagung

 

Kebetulan, ketika itu siarannya perlu bersambung dengan studio berita sekaligus mempertemukan dia dengan penyampai berita yang sedang bertugas di sana.

Pada awalnya, mereka kelihatan profesional sehingga akhirnya penyampai berita itu menegur wartawan berkenaan dengan bertanyakan sama ada jam yang dipakai itu adalah kepunyaannya atau bukan.

Wartawan ketawa rahsia terbongkar

Dalam cubaan menenangkan diri, adiknya yang juga merupakan seorang wartawan kemudiannya mengangguk dan ketawa apabila rahsianya terbongkar.

Malah, kedengaran suara krew di belakang tabir turut mentertawakan gelagat mereka berdua, ditambah pula melihat gelagat selamba si adik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen