Cuma salah basuh beras & kemas rumah, isteri diceraikan melalui Whatsapp, baru kahwin 8 hari

Oleh: Shasha Zack

Tular satu kisah menyayat hati mengenai seorang wanita yang hanya sempat bergelar isteri selama 8 hari, gara-gara tidak sempurna di mata suaminya.

Eka S.Rafidah, bernikah dengan seorang pensyarah, 39 yang mempunyai ijazah kedoktoran dari Jakarta merupakan seorang yang sangat cerewet dan perlu mengikut segala peraturannya sepanjang 8 hari mereka bersama.

Kenal dari email, terus jumpa

Bercerita lanjut, pertemuan kali pertama Eka dan suaminya adalah setelah dia menerima butiran peribadi lelaki tersebut melalui e-mel pada 26 Februari 2022.

Eka membawa seorang kawannya untuk menemankannya manakala suami pula membawa ibu bapa dan adik-adik seterusnya mengajak Eka berkahwin pada ketika itu.

"Dari pertemuan pertama, ibu bapa lelaki itu meminta agar proses akad nikah dijalankan dengan cepat. Jadi diputuskan, peminangan pada 6 Mac 2022 dan majlis akad nikah pada 13 Mac 2022 di rumah saya.

“Majlis resepsi dirancang diadakan di bandar tempat tinggalnya pada 20 Mac 2022."

Sehari lepas kahwin, baru tahu suami menghidap OCD

Pada hari pertama selepas bernikah, Eka perasan tindak tanduk suaminya yang inginkan semua sempurna dan baru mengetahui bahawa si suami mengalami masalah kesihatan mental iaitu Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

“Setiap barang di rumah perlu disteril dan dia tidak suka orang lain mengemas rumah dia walaupun berada dalam keadaan berselerak."

“Dia pernah menyuruh saya menyiapkan makanan dan merendamkan sudu yang digunakan itu ke dalam air panas. Tanpa sengaja, pakaian saya terkena nasi dan ia menimbulkan kemarahan.” 

Eka menceritakan, sejak itu dia mula takut akan suaminya dan menceritakan satu kejadian kecil yang menimbulkan kemarahan besar suami.

"Suami suruh buang beras yang sudah dicuci hanya kerana kaedah cucian Eka tidak sama seperti cara dia."

“Ada juga satu hari tu perut saya berasa sakit kerana ada masalah senggugut. Saya letakkan bantal tidur di paha bagi mengalas perut yang sedang sakit. Secara tiba-tiba dia menjerit kat saya dan kata bahawa saya ni isteri yang tidak taat kepada suami." 

Viral, Wanita yang Diceraikan Padahal Baru 8 Hari Menikah | JalanTikus

Cerai hanya melalui whatsapp, gara2 mintak izin pulang kampung

Baru 8 hari bergelar isteri, Ekasama sekali tak menyangka suaminya melafazkan cerai. Meskipun berkahwin pada 6 Mac 2022, Eka diceraikan pada 14 Mac 2022. 

Sebelum diceraikan, Eka bercerita yang dia ada meminta izin suaminya untuk pulang ke rumah ibu bapanya secara sendirian. Namun begitu, pada 14 Mac, dia telah diceraikan suaminya menerusi aplikasi Whatsapp.

Sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku, Eka menulis kisahnya di media sosial selain berharap para lelaki mengambil pengajaran dan menghormati para wanita. 

“Saya berharap tidak ada wanita lain yang menerima nasib sama seperti saya. Untuk kaum lelaki, hormatilah wanita. Pernikahan bukanlah satu perkara main-main.” 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen