2000 lelaki 'berebut' nak jadi calon suami, para isteri tinjau komen, risau 'hubby' sendiri masuk 'line'

Oleh: Shasha Zack

Beberapa hari lepas, hangat diperkatakan isu seorang gadis cantik yang menerima permohonan dari 2000 orang lelaki yang ingin menjadi suami dengan mengisi butiran peribadi di Google Form.

"Tak expect terima banyak ni, ambik masa sikit nak go thru, maybe 2 minggu..."

Kata gadis yang dikenali dengan nama Syafiqah Ghazali ini, dia tidak menyangka permohonan itu diterima baik ramai jejaka hingga terpaksa menutup borang permohonan kerana telah melebihi 'expectations'.

"Terlalu banyak permohonan, terpaksa ditutup..."

"Risau suami singgah komen dekat sini..."

Susulan tularnya perkara ini secara meluar, Kosmo melaporkan para isteri mula tak senang duduk dan terpaksa meninjau ke ruangan komen, risau suami sendiri cuba-cuba nasib dengan mengisi borang.

“Saya saja baca komen, risau juga suami singgah komen dekat sini.”

- Noor Shamira.

“Banyak juga komen dan like, tengah mencari juga ni kalau-kalau suami akak tengah cuba nasib, sebab tengok sekarang ni asyik bersenam saja."

“Risau juga kan, tambah-tambah siap ada form yang nak diisi, katanya dah 2,000 orang mohon.” 

- Aziana Razali.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen