"Saya memang dah panik..." -Graduan USM kongsi pengalaman manis sebelum genggam skrol Ijazah

Hari ini, telah diperlihatkan kepada kita akan satu peristiwa yang menimpa salah seorang graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) apabila kenderaan keluarganya terlibat dalam kesesakan lalu lintas.

Graduan USM kongsi detik tersangkut dalam jem di hari istimewa

Kejadian itu sekaligus menyebabkan dia dihimpit kegusaran, bimbang tidak sempat tiba di majlis konvokesyennya yang dijadualkan pada jam 10.00 pagi, hari ini.

Bercerita lanjut, dia bernama Kevin a/l Rayappan memberitahu bahawa kesesakan yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang itu berpunca daripada insiden kemalangan maut.

"Saya memang sudah panik sebab jam sudah menunjukkan 9 pagi, namun saya bersama kedua ibu bapa masih tersekat dalam kesesakan luar biasa di Jambatan Pulau Pinang."

-Kevin-

"Tak gerak langsung"

Justeru itu, dia nekad turun bersama jubah konvokesyen miliknya dan mencuba nasib mencari bantuan di tengah kesesakan itu sekiranya ada yang sudi membantu.

"Mula-mula saya harapkan kesesakan tidak berpanjangan tetapi setelah melepasi jam 9 pagi, kenderaan masih tak bergerak.

"Saya nekad turun bersama jubah konvokesyen dan cuba nasib tahan penunggang motosikal yang sudi tumpangkan saya."

-Kevin-

Impian naik pentas jadi nyata

Walau bagaimanapun, dia teruja akhirnya impian untuk naik pentas berprestij menjadi kenyataan.

"Saya nekad turun dan mencari alternatif kerana impian saya cuma ingin naik ke pentas terima skrol hari ini."

"Terima kasih abang motor"

Akhir kata, dia yang juga merupakan pemegang skrol Ijazah Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan, berterima kasih kepada penunggang motosikal yang sudi menumpangkannya sehingga ke USM bagi meraikan hari bermakna itu bersama rakan-rakan yang lain.

"Saya tak sempat berbual panjang dengan insan mulia tersebut yang sanggup tumpangkan saya kerana dalam keadaan tergesa-gesa, namun saya ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada beliau."

-Kevin-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen