Wahai Lelaki Sila Tepati Masa Jika Anda Ingin Berkahwin!

Masa itu emas. Kali pertama untuk bertemu, pasti tertunggu-tunggu si dia. Setelah satu jam, bayangan si dia terlihat. Adakah si dia serius untuk menjalinkan hubungan cinta dengan anda? Pertemuan pertama sudah pun terlihat perangai sebenar si dia. Masih kah anda hubungi si dia selepas itu? Jika si dia mempunyai alasan yang kukuh, adakah anda memberi dia peluang?

Mentaliti masyarakat sering persalahkan lelaki dalam hal ini. Lelaki sering dikaitkan dengan masa. Lelaki dipersalahkan kerana sering lambat dalam apa jua keadaan. Adakah lelaki memang sukar untuk menepati masa? Lelaki sering lewat ke kelas. Lelaki sering lewat hantar assignment. Lelaki sering lewat bangun pagi.

Tetapi bagaimana pula dengan wanita? Adakah mereka sentiasa menepati masa dan senang untuk berurusan? Adakah status mereka mempengaruhi masa untuk di tepati? Jika bujang, sering lewat, jika sudah berpunya, ada orang yang akan ingatkan mereka.

Masa juga adalah komitmen. Jika anda tidak boleh memberi sebarang komitmen, maka anda tidak boleh menepati masa. Jika masa harian juga anda tidak memberikan komitmen, bagaimana pula dalam perhubungan cinta? Jangan persalahkan lelaki, jika wanita juga lambat bersiap untuk bertemu janji. Jangan salahkan wanita, jika lelaki sering susah untuk bangun pagi.



Masa memerlukan disiplin untuk dipatuhi. Didikan ibu bapa daripada kecil sangat mempengaruhi anda ketika melakukan sesuatu. Cuba berikan anak-anak kecil untuk menyiapkan permainan seperti puzzle atau lego mereka dalam masa yang telah ditetapkan, adakah mereka akan terkandas di tengah jalan? Latih dan didik mereka untuk menjadi lebih berdisiplin.

Cukup mudah untuk melihat seseorang itu menepati masa, adakah mereka solat di awal waktu? Berbalik kepada stigma masyarakat tentang lelaki. Lelaki sering dipersalahkan kerana imam di masjid adalah lelaki. Imam itu adalah pemimpin. Lelaki itu adalah pemimpin. Pemimpin kepada jemaah solat atau membuat amalan yang baik.

Jika si lelaki itu solat di awal waktu dan menjadi imam, mereka adalah menepati masa dan berdisiplin. Tidak perlu disangkal lagi. Jangan lagi persalahkan mentaliti masyarakat kenapa mereka sering persalahkan lelaki. Jika tidak menepati masa, bagaimana mahu menjadi imam kepada jodoh anda bukan?

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen