Berjaya raih satu lagi anak tangga, Lee Zii Jia kini berada ranking kelima dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menikmati satu lagi pencapaian besar dalam kerjayanya apabila kini berada dalam kelompok lima terbaik dunia.

Berdasarkan kemaskini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini, kedudukan ranking pemain berusia 24 tahun itu melonjak satu anak tangga di ranking kelima dunia sekali gus memintas pemain perseorangan Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting yang jatuh di tangga keenam.

Kedudukan ranking Zii Jia yang kini bergerak secara profesional melonjak susulan kejayaannya muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina, awal bulan ini sebelum menjuarai saingan Terbuka Thailand di Bangkok, Ahad lalu.

Menurut jurulatihnya, Indra Wijaya enggan anak didiknya itu terlalu dibuai dengan deretan pencapaian dilakarnya setakat ini, sebaliknya mahu dia kekal fokus dan merendah diri bagi menghasilkan kejayaan yang lebih besar.

"Berkenaan ranking, biar dia jalani prosesnya. Apa yang lebih penting, Zii Jia perlu kekal merendah diri dan bekerja keras dalam latihan bagi mengekalkan konsistensinya.

"Apa yang dicapainya ketika ini adalah satu permulaan buat dirinya. Dia harus sentiasa bersedia untuk berdepan dengan cabaran yang lebih hebat kerana tiada lawan yang mudah selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Jaguh Denmark, Viktor Axelsen kekal menduduki ranking pertama dunia diikuti bintang Jepun, Kento Momota di tempat kedua manakala Anders Antonsen (Denmark) dan Chou Tien Chen masing-masing kekal di tangga ketiga dan keempat.

Seorang lagi pemain profesional, Liew Daren melonjak enam anak tangga untuk menduduki ranking ke-28 serta muncul pemain perseorangan kedua terbaik negara.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen