Lama 'block' kereta orang, netizen 'panas' lihat cara wanita melengah waktu. -"Tak bersalah ke?"

Sikap 'sambil lewa' masyarakat kita sepertinya tidak dapat dibendung lagi, terutamanya berkaitan dengan perbuatan 'double park' kereta  di tempat awam.

Sudahlah 'double park', pemilik kenderaan tak 'free' kan gear pula tu, sememangnya menyusahkan orang.

Wanita kesal urusan tergendala sebab 'double park'

Begitulah yang dilalui oleh wanita ini, namun dalam kemarahannya berdepan situasi tersebut, ramai memuji sifat sabarnya yang masih tersisa ketika itu.

 

@utusantvofficial Nasib baik akak ni penyabar. Kejadian di kawasan parkir hospital HSI | 23 MEI 2022 | ShahrudiN MA Suhilee. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound - UtusanTV

Menerusi muat naik semula rakaman oleh akaun Utusan TV, menyaksikan keberadaan kereta Proton Iris menghalang kenderaannya untuk keluar dari tempat letak kereta.

Disebabkan insiden itu, difahamkan wanita ini terpaksa menunggu sehingga 30 minit sebelum pemilik kereta terbabit mengalihkan keretanya.

"Dah buat salah, boleh pula buat lambat2"

Bagaimanapun, reaksi pemilik Proton Iris itu benar-benar menguji kesabaran orang ramai apabila dia kelihatan tenang berjalan, mengangkat tangan sambil senyum.

 

"Geram betullah"

 

 

"Terhegehnya masuk kereta"

Bukan itu sahaja, wanita berbaju kurung itu juga membuatkan netizen makin panas kerana tindakannya seolah-olah melengahkan lagi waktu pemilik kenderaan yang dihalang.

 

"Naik lah dulu"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen