"Dia kata dah lama tak ada orang meninggal..." -Bapa dedah perbualan akhir sebelum anak maut eksiden

Sempat memohon ampun daripada ibunya sebelum bekerja, namun tidak menyangka bahawa ia merupakan salam maaf terakhir daripada seorang anak sebelum dia ditemui maut dalam kemalangan.

"Hari ni saya rasa tak sedap hati"

Menurut Azizan Ishak yang juga merupakan bapa kepada mangsa, sewaktu kejadian, anaknya Muhammad Amirrudin bersama sepupunya, Mohd Fazrol Maarof dari Kampung Pajak Baling, Kedah maut selepas lori membawa muatan serai seberat tiga tan yang dinaiki melanggar treler yang berhenti di atas jambatan.

Tambahnya, anak keenam daripada tujuh beradik itu sudah dua tahun bekerja sebagai penghantar serai milik sebuah syarikat ke Pulau Pinang menaiki lori.

"Biasanya dia keluar dari rumah jam 1 pagi, tetapi hari ini sebelum bertolak, dia bersalaman dengan ibu serta meminta maaf, namun ibunya tak mengesyaki apa-apa."

"Entah kenapa hari ni saya rasa tak sedap hati dan tak dapat berniaga ayam di pasar, sebelum ke kedai kopi berhampiran untuk minum kira-kira jam 7 pagi."

-Bapa-

Tahu daripada rakan di gerai

Bagaimanapun, khabar duka yang menimpa anaknya diketahui melalui rakannya setibanya di gerai dengan memaklumkan mengenai seorang lelaki terlibat kemalangan.

"Tiba di kedai, rakan memberitahu dia terima maklumat melalui Whatsapp mengenai seorang lelaki terbabit kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, beralamat di Kampung Pajak, sebelum menyedari mangsa adalah anak saya."

-Bapa-

"Dah lama tak ada orang meninggal"

Dedah Azizan, arwah seorang anak yang bekerja keras kerana mahu mengumpul wang bagi membaiki motosikalnya untuk kegunaan harian.

Selain itu, Amiruddin juga ada memberitahu ibunya bahawa sudah lama tiada kematian di kampung, namun tidak sangka ia merupakan satu petanda bahawa dia akan pergi.

"Kelmarin, dia beritahu ibunya sudah lama tiada kematian (di kampung itu) dan hendak menggali kubur, tidak sangka rupa-rupanya dia hendak pergi."

"Sudah tiada lagi penghibur dalam keluarga, saya reda dengan ketentuan -Nya dan kedua-dua jenazah dijangka disemadikan malam ini di tanah perkuburan berhampiran Kampung Pajak."

-Bapa-

"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen