Bersanding sorang atas pelamin, pengantin lelaki bengang wanita jual motosikal untuk tampung kos nikah

Oleh: Shasha Zack

Pengantin perempuan nangis teresak-esak apabila bakal suaminya yang sepatutnya duduk di sebelah, mogok tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka.

Kejadian yang berlaku di Palembang, Sumatera Selatan itu difahamkan kerana pengantin lelaki yang marah kepada wanita itu.

Lelaki mengamuk motosikal dijual, protes taknak datang majlis sanding

Menurut Kosmo, pengantin perempuan yang dikenali sebagai DH difahamkan telah menjual motosikal milik pengantin lelaki untuk menampung kos pernikahan mereka, hingga menimbukan kemarahan lelaki itu.

Walaupun tiada pengantin lelaki, DH tetap meneruskan majlis dengan tangisan dan bersanding seorang diri.

"Acara tetap diteruskan untuk hormati tetamu..." - Ibu

Menurut ibu DH, Rapita, majlis tersebut tetap diteruskan bagi menghormati 200 orang tetamu yang telah hadir. 

Difahamkan, motosikal yang dijual oleh ibu bapanya membuatkan lelaki tersebut marah dan mengubungi DH bagi meluahkan kemarahannya.

Dia juga menyalahkan DH kerana motosikal miliknya telah dijual oleh ibu bapanya sendiri untuk membiayai pernikahan mereka selain meminta wanita itu mengembalikan wang tersebut

Silent Treatment': 6 Sebab Kenapa Lelaki Lagi Suka Diam Bila Marah & Ada  Masalah

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen