"Aku stanby belakang kot2 dia cabut." - Cubaan Myvi 'reverse' nak lari 'roadblock' dipatahkan abang lori

Oleh: Shasha Zack

Seringkali kita kecut perut dan ketar kaki melihat jika ada sekatan jalan raya secara tiba-tiba di lebuhraya. Namun, jika tidak melakukan apa-apa kesalahan, sebaiknya memandu saja dengan tenang, dan jangan lari, bimbang denda yang lebih besar menanti.

Itulah yang dilakukan sebuah kereta jenis Myvi, apabila dia lari dari sekatan, hingga dikejar anggota polis.

"King cuba lari sekatan jalan raya."

Kejadian yang difahamkan berlaku di susur lebuhraya KESAS dekat USJ, dimuat naik semula oleh Tiktok Utusan TV. Dalam video, Myvi berkenaan dilihat laju mengundur untuk melarikan diri dari sekatan yang dijalankan, namun berjaya ditahan anggota.

Lebih bersedia, empunya dashcam dipercayai pemandu lori telah bersiap sedia di belakang, menghalang Myvi berkenaan dari 'cabut' daripada 'roadblock'.

 

@utusantvofficial Kejadian di susur ke KESAS dekat USJ | 24 MEI 2022 | alongrorotipper. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok ♬ Something In The Way - Nirvana

"Tak buat salah, apa nak lari."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen hairan dengan tindakan pemandu Myvi yang umpama 'menggali kubur' sendiri gara-gara mengundur di sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis.

"Takut je Myvi tu langgar pegawai."

"Mungkin dia salah jalan kot..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen