Adab Menghadiri Majlis Perkahwinan.

Kita sebagai orang Islam sangat dituntut untuk memenuhi undangan sekiranya tidak berhalangan. Tetapi, caknakah kita tentang adab-adab apabila memenuhi undangan tersebut? Jangan sampai kita jadi makcik bawang sudah apabila datang ke majlis tersebut. Banyak pula komen yang keluar dari mulut seolah-olah kita saja yang betul. Jom kita ikuti adab ini apabila memenuhi undangan perkahwinan.



1. Memenuhi undangan.

Sesiapa saja yang menjemput kita untuk datang, penuhilah permintaan tersebut. Jika tidak dapat hadir, mohonlah kemaafan kepada pihak undangan agar mereka tidak bersedih hati. Jika sedang berpuasa sunat, berbuka dan penuhi undangan itu.

2. Mendoakan pengantin.

Kita amat disarankan untuk mendoakan pengantin. Doa yang dianjurkan kepada kepada kita dalam Islam adalah mendoakan keberkatan rumah tangga mereka. Nak nanyikan lagu Maher Zain, Barakallah tu pun boleh. Hehehe Doa tersebut adalah:

“بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْر ”

“Mudah-mudahan Allah memberkatimu, baik ketika senang mahupun susah dan sentiasa mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan.”



3. Menjaga percakapan.

Hindari diri dari berkata yang tidak baik apabila menghadiri majlis tersebut. Kita tidak mengetahui masalah-masalah yang dihadapi. Jadi, diam dan jaga tingkah laku apabila ke tempat tersebut.

4. Menjaga pakaian.

Pakailah pakaian yang sopan. Tidak mencolok mata dan menenuhi kehendak Islam.



Apapun, kita tidak dianjurkan hadir sekiranya tidak dapat jemputan dari pihak tersebut. Selain itu, jika majlis tersebut menghidangkan makanan yang haram misalnya, hindarilah untuk hadir.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen