Hilangkan Dahaga Di Hatinya…

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam setiap perhubungan pasti ada penolakan dan penarikan yang berlaku. Tapi pasti tidak akan ada keseimbangan, sama ada belah si lelaki mahupun belah si wanita. Menjadi seorang lelaki atau suami bukanlah suatu perkara yang mudah, perlu memikirkan segala hal yang berlaku di dalam dan di luar perhubungan. Mengendalikan seorang wanita yang berhati lembut dan penuh dengan kemanjaan. Sehingga sampai satu masa, si lelaki terleka akan perkara di sekitarnya hingga membuatkan terlupa hati dan perasaan pasangannya.



Menjadi seorang wanita juga tidak mudah, sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan-tugasan untuk membantu suami dan pasangannya, di samping inginkan belaian dan perhatian darinya, serta mengawal 7 nafsunya yang sentiasa ingin dipenuhi. Setiap yang dilakukan pasti ingin diperhatikan oleh pasangannya. Namun, jika hati dan perasaannya diketepikan oleh pasangannya, pasti hati kecil wanita ini akan merana dan kecewa.

Jadi sebagai seorang lelaki ini janganlah leka, ada beberapa perkara yang seorang wanita sentiasa dahagakan. Antara yang paling utama adalah ungkapkan kata cinta anda kepadanya “lafazkanlah kalimah cintamu.” Seorang lelaki perlu sentiasa ungkapkan kata cinta terhadap pasangannya walaupun usia perhubungan yang telah lama. Jangan membuat si pasangan ragu dengan kata-kata dan perbuatan anda terhadapnya.



Selain itu juga, hati seorang wanita ini selalu inginkan satu pujian yang lahir dari mulut insan yang dicintainya. Sebagai lelaki yang dicintai wanita, puji lah pasanganmu dalam apa jua keadaan. Puji lah dirinya mengenai masakkan yang dimasak untuk mu setiap hari. Puji lah dandanannya yang dilakukan untuk menarik perhatian kamu. Puji lah apa jua yang dia lakukan untuk sentiasa diperhatikan oleh kamu.

Di samping itu juga, jadikan pasanganmu itu terpenting di dalam hidupmu. Jadikan dirinya tempat kamu bertanya pendapat mahupun hal-hal yang remeh. Berkongsilah setiap perkara kepada pasangan kamu walaupun kamu menganggap perkara itu tidak penting. Setiap perkara yang kamu kongsikan itu akan menjadikan kamu makin disayanginya setiap hari.

Jadi, buat seorang lelaki, hilangkan lah dahaga di hatinya. Isi dan penuhi lah hatinya dengan setiap perkara yang terindah dalam hubungan kamu. Jangan biarkan hatinya kehausan untuk mendapatkan perhatian dan cinta dari kamu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen