Tamat zaman bujang pada usia 14 tahun, pengantin cilik disatukan dengan restu keluarga

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin pada usia yang muda bukanlah satu perkara yang asing lagi. Sama seperti pasangan dari Indonesia ini apabila memilih untuk menamatkan zaman bujang pada usia 14 tahun.

Memetik laporan Detik.com, pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak 7 juta Rupiah (RM2,102.95).

Gambar-gambar pasangan pengantin cilik yang mahu dikenali sebagai Nasming dan Ulansari itu telah tular di media sosial selepas dimuat naik pengguna Facebook Rumah Kreatif yang juga merupakan jurugambar di majlis perkahwinan tersebut.

Menurut pemilik laman Facebook tersebut, Kiki Afrizal mengesahkan bahawa pasangan pengantin itu merupakan pasangan bawah umur.

Katanya, pasangan berkenaan merupakan pelajar sekolah dan mengeaskan bahawa mereka berdua baru berusia 14 tahun.

“Keduanya masih kanak-kanak. Ketika saya melihat mereka saya juga tersenyum. Kalau tak silap saya, kedua-duanya baru berusia 14 tahun. Masih di sekolah rendah, tetapi sekolahnya berbeza.”

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di kediaman pengantin perempuan, di Dusun Landa, Desa Taan, Kecamatan Tapalang, pada Selasa yang lalu dan perkahwinan tersebut berlangsung atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen