Suami kantoi mesej perempuan lain, bila isteri meninggal, menangis tengok 'google search' arwah bini

Oleh: Shasha Zack

Dalam rumah tangga, suami isteri perlulah saling sayang menyayangi dan menjaga hati pasangan masing-masing demi kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama.

Hal ini kerana, jika salah seorang pergi dijemput Ilahi, pastinya kita tidak mahu hidup dibelenggu penyesalan akibat pernah menyakiti hati pasangan.

Itulah yang berlaku pada seorang suami, ketika dia menyakiti hati isterinya sebelum si dia meninggal dunia.

Pergaduhan Suami Isteri Terlalu Kerap? Kembali Harmoni Dengan Cara Ini

Gambar hiasan

"2 bulan sebelum arwah isteri meninggal, aku pernah kantoi mesej dengan kawan..."

Kisah penuh menyayat hati ini dikongsikan oleh Facebook Buzz Kini mengenai penyesalan seorang suami yang terlanjur kata pada isterinya.

Apa yang lebih sakit, 2 bulan sebelum isterinya meninggal dunia, dia telah mengutuk saiz badan isteri dengan mengatakan wanita tersebut gemuk gedempul.

Lebih perit, suami ini membandingkan tubuh arwah isterinya dengan pekerja wanita di tempat kerja..

"Tak macam awak, gemuk gedempul. Lepas aku cakap tu, bini aku terus tak ceria..."

"Aku tengok apa dia search, 'cara2 kurus, cara2 tahan lapar'..."

Penuh sesalan, suami ini akhirnya membuka telefon dan mennagis sebaik saja melihat carian isterinya di google, menunjukkan betapa arwah isteri ingin kurus dan terasa dengan apa yang dikatakannya.

"Kalau nak isteri cantik, suami kena bagi semangat.."

May be an image of text that says

Justeru, sebagai suami atau isteri, sebelum berkata sesuatu pada pasangan, haruslah difikir dulu perasaan mereka, bimbang mereka terguris hati dan akhirnya pergi meninggalkan kita dengan penuh penyesalan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen