Video lelaki bantu orang tua tular, ibu terharu lihat bakti anak. -"Dia pun lahir waktu saya susah."

Semalam, telah diperlihatkan kepada kita akan sebuah video menyaksikan tindakan seorang remaja lelaki sanggup berkaki ayam untuk ke tempat kerja.

Demikian adalah kerana dia dengan rela hatinya memberikan selipar capal miliknya untuk lelaki tua yang ditemui di tepi jalan.

Sanggup berkaki ayam demi bantu lelaki tua

Video tersebut kemudiannya tular dan menjadi bualan hangat warga netizen, ramai memuji sikapnya yang pernuh santun dan beradab.

  

@bethrichbeauty #bethkaya#anakandaIbu#ZulfikarKhatami# #fypシ#anakygbaik ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku - Fiena

 

"Anak yang ku kandung 9 bulan"

Malah, ibu yang mengandung dan melahirkannya juga akui akan perkara itu selain luah sebak melihat tindakan anak lelakinya berbuat demikian.

  

@bethrichbeauty #anakygbaik #fypシ #bethkayafamily #ZulfikarKhatami ♬ Alalala Sayang - Azarra Band

 

Dalam entri tersebut, ibunya yang menggunakan nama 'bethrichbeauty' turut berkongsi kisah pendek sewaktu membesarkan anak lelakinya yang diberi nama Zulfikar Khatami.

"Anak yang ku kandung 9 bulan tiada alahan... membesar tanpa ku mampu masukkan sekolah tadika kerana masalah kewangan."

"Masuk tahun 1 tak pandai membaca, tapi dia anak yang bijak dan cepat belajar."

"Assalammualaikum ibu"

Melihat coretan ringkas beserta beberapa koleksi gambar bersama, ruangan komen sekaligus dipenuhi dengan pelbagai respon yang rata-ratanya mulai mencuba nasib untuk memikat.

 

"Hai, aunty dah makan?"

 "Review anak sikit"

"Alhamdulillah, dia anak yang baik"

Namun, tak kurang juga memuji cara didikan wanita itu, yang mana menurut mereka seharusnya dijadikan tauladan.

"Anak hebat dari ibu yang hebat"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen