Dianggap langgar undang-undang, cari jodoh guna 'Google Form' boleh didakwa?

Baru-baru ini, 'viral' berkenaan seorang gadis menggunakan kaedah mengisi 'Google Form' untuk mencari jodoh.

Siapa sangka, ianya mendapat sambutan luar biasa sehingga dia menerima hampir 2,000 calon beberapa hari selepas ia dikongsikan di media sosial.

Cari jodoh guna 'Google Form'

Namun begitu, mungkin ramai tidak tahu bahawa tindakan berbuat demikian sebenarnya mengundang masalah kepada diri sendiri.

Ini kerana platform 'Google Form' yang digunakannya untuk mengumpul data itu, terutamanya untuk tujuan komersial dan ada data peribadi individu, boleh melanggar seksyen 5(2) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

 

Perkara itu dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter @ZackAvaricious yang mana sekaligus telah menghuraikan tanda tanya orang ramai berhubung tindakan gadis berkenaan.

Pemilik boleh didakwa?

Dia turut menambah, sekiranya pemilik web 'Google Form' itu disabitkan kesalahan, pihaknya boleh didena tidak melebihi RM300,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen