Terputus bekalan makanan sebab bencana, ini 5 buah negara paling lapar di dunia

Melihat keadaan dunia ketika ini, tak dinafikan ramai mulai bimbang sekiranya bekalan makanan mereka terputus untuk jangka waktu yang panjang.

Demikian adalah kerana mendapati hampir kebanyakan negara sedang berdepan masalah krisis bekalan makanan, ditambah pula dengan isu lonjakan harga bahan mentah di pasaran.

 

Lima negara paling lapar di dunia

Bagaimanapun, perlu kita tahu bahawa ada beberapa negara pernah berdepan situasi ini, malah lebih teruk sehingga rakyatnya mati kebuluran.

Menelusuri peristiwa itu, ini lima buah negara yang dilabel sebagai negara paling lapar di dunia.

1. Republik Afrika Tengah

Menurut sumber, Republik Afrika Tengah berada di tangga teratas dalam senarai sebagai 'negara paling lapar di dunia'.

Difahamkan, ia disebabkan oleh ketidakstabilan, keganasan etnik dan konflik sejak tahun 2012.

Hal itu sekaligus menyebabkan pengeluaran makanan terganggu sebanyak 63% daripada jumlah penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan.

Sebagai perbandingan, 63% daripada penduduk Malaysia adalah 19.9 juta orang.

2. Yaman

Yaman berada dalam genggaman konflik kejam yang kini berada di kedudukan sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Justeru itu, terdapat anggaran 7.4 juta rakyat Yaman memerlukan rawatan kekurangan zat makanan, termasuk 2 juta kanak-kanak yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan kronik.

Oleh yang demikian, PBB mengisytiharkan Yaman sebagai krisis kekurangan makanan paling teruk di dunia, dan penyebab utamanya adalah konflik.

3. Chad

Dahulu, sebahagian dari rantau Sahel di Afrika Barat, Chad menghadapi kemarau berterusan dan hujan tak menentu yang telah mencetuskan krisis di kawasan itu.

Akibatnya, mereka berdepan masalah kekurangan makanan, malah ia bertambah buruk kerana kebanjiran pelarian dari Nigeria, Sudan dan Republik Afrika Tengah yang semuanya memerlukan bantuan makanan kecemasan.

Hampir 3.7 (23%) juta orang Chad dilanda kelaparan dan berlaku peningkatan sebanyak 29% sejak tahun 2018.

Sebagai perbandingan, 23% daripada penduduk Malaysia adalah 7.3 juta orang.

4. Madagascar

Setiap tahun, Madagascar dilanda purata 1.5 taufan yang merupakan jumlah tertinggi di benua Afrika.

Pada tahun 2019, negara ini melihat kesan kedua-dua Taufan iaitu Idai pada Mac dan Kenneth pada April.

Disebabkan itu, hampir separuh daripada kesemua daerah di negara ini diklasifikasikan pada tahap kekurangan makanan kronik.

5. Zambia

Perubahan iklim telah memberi kesan yang teruk kepada negara daratan Zambia, yang mana kebanyakan petani bergantung kepada hujan untuk menanam tanaman mereka.

Bagaimanapun, pada tahun 2019 banyak kawasan di selatan dan barat Zambia menyaksikan hujan yang paling rendah sejak sekurang-kurangnya 1981 ketika penyimpanan rekod dimulakan di negara ini.

Hal itu menyebabkan sektor utara dan timur negara terjejas akibat banjir dan antara kesan lainnya, sebanyak 40% daripada kanak-kanak Zambia terus mengalami pertumbuhan terbantut.

Mengambil iktibar dari peristiwa itu, jadilah rakyat Malaysia yang sentiasa mensyukuri nikmat, termasuklah menghargai dan menjaga alam seperti hutan, tumbuhan, tanah serta cuaca.

Selain itu, elakkan juga berlakunya pembaziran makanan, terutamanya ketika membuat sebarang majlis keramaian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen