Nasib baik tersedar awal, wanita syukur keluarga selamat dari keracunan karbon monoksida dalam kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Kejadian keracunan gas monoksida bukan satu perkara yang baru malah sudah beberapa kali terjadi bahkan telah banyak kali hingga ada yang meragut nyawa.

Insiden ini selalu terjadi tanpa disedari disebabkan kebocoran bahagian enjin kereta sehingga pemandu mahupun penumpang mengalami kesesakan nafas.

Terhidu gas karbon monoksida

Itulah yang hampir dilalui oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Nur Jalilah Leyla, apabila berkongsi detik cemas yang menimpa anaknya yang terhidu gas monoksida di dalam kereta.

Menerusi posting yang dibuatnya, wanita berkenaan memaklumkan tubuh anaknya tiba-tiba lembik dan mula tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.

Anak-anak nampak pucat

Menurutnya, pada awal dia menyedari bahawa anaknya yang sedar tidur seakan pucat apabila menghantar gambar tersebut kepada suaminya.

Bagaimanapun anaknya terjaga dan merengek namun tidak membuka mata selain tubuh mereka mula lembik dan tidak menunjukkan sebarang respon membuatkan mereka panik.

Dia terpaksa memberhentikan kereta untuk mendapatkan bantuan dan dua orang anaknya turut tidak sedarkan diri. Mujurlah mereka mulai sedar tak lama selepas walaupun menangis.

Mereka dibantu oleh satu keluarga dan meminta mereka membawa kereta ke hospital dengan segera sambil mengikutinya dari belakang.

Syak ada gas bocor

Dari awal pemandu yang mambantu mereka sudah mengesyaki bahawa ada kebocoran gas melihat daripada keadaan anak-anak kepada Jalilah yang tidak sedarkan diri.

Syukur mereka cepat bertindak dan pihak hospital mengesahkan yang kerena mengalami keracunan gas karbon monoksida serta kesemua ahli keluarga dalam pemantauan doktor.

Syukur semua selamat.

Bagaikan terasa mimpi ngeri namun reda akan ujian yang diberikan Allah S.W.T, bagaimanapun mereka bersyukur apabila menyedari perkara itu lebih awal.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga berpesan kepada orang ramai agar memeriksa kenderaan dahulu sebelum memulakan perjalanan kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.

Jalilah juga mengucapkan terima kasih kepada Mr Richard iaitu individu yang membantu mereka ketika dalam situasi panik ini sehingga semuanya mendapat rawatan di hospital.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen