Friend Zone Itu Menyakitkan? Tips Elak Diri Daripada Terkena Friend Zone.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam pencarian sebuah cinta, pasti ada yang pernah kecewa kerana ditolak mentah-mentah oleh orang yang kita sukai. Penolakan atau direject ini lebih dikenali sebagai ‘friend zone’ pada masa ini. Apa maksud sebenar ‘friend zone’ ini? Friend zone adalah seseorang yang mengehadkan perasaan dirinya terhadap seseorang individu. Senang cerita, tak suka dan tidak ada hati pun dekat orang itu.



Walaupun anda telah berusaha untuk lebih menyerlah daripada rakan-rakannya yang lain, anda tetap kena friendzone dengannya. Tapi kenapa ye? Betul ke lelaki lebih mudah terkena tolakan wanita, berbanding wanita. Di sini terdapat beberapa punca, mengapa orang yang anda minati itu menolak anda.

Antara puncanya ialah, anda terlalu fokus terhadap dirinya. Anda telah menyasarkan dirinya bakal anda miliki, maka anda akan melayaninya dengan baik mungkin. Setiap tutur kata anda bagaikan menunjukkan dirinya adalah milik anda. Si dia juga dilayan bagaikan kekasih anda. Jadi si dia pasti akan mula angkat kaki dahulu.

Selain itu, ada sentiasa anda untuk dirinya. Jika ada perkara yang berlaku, anda tiba pada waktunya untuk memberikan pertolongan. Si dia juga tahu apabila dia timpa kesusahan, anda adalah orang yang akan dicarinya tanpa perlu dibimbang lagi. Ia hanya satu perbuatan yang membuatkan anda berhak dilayan sebagai kawan. Hal ini kerana, seorang kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi sahabatnya ketika dalam kesusahan.



Di samping itu, dia juga tahu bahawa anda tidak mempunyai rakan wanita ataupun rakan lelaki yang lain selain darinya. Jadi ini telah menunjukkan anda menyimpan hati terhadapnya. Maka, sebelum memberitahu isi hati anda kepadanya, baik anda sediakan ruang untuk berkawan dengan wanita atau lelaki lain. Baru lah si dia rasa tercabar sedikit. Jika si dia tidak ada mempunyai saingan, dia merasakan anda tidak diminati oleh wanita atau lelaki lain.

Bertindak terlalu terburu-buru. Anda masih tidak kenal lagi hatinya terhadap anda bagaimana. Tapi anda telah luahkan isi hati anda terhadapnya. Ini menunjukkan anda mudah sahaja untuk didapati. Orang seperti ini sukakan sesuatu yang mencabar. Jika anda menunjukkan tanda-tanda jual mahal, pasti si dia akan jatuh hati pada anda.

Tapi itu semua mungkin tidak terjadi jika anda adalah orang yang memenuhi cita rasanya. Jadi sebelum anda meluahkan rasa hati anda, anda perlu ketahui cita rasa bagaimana yang anda ada untuk si dia agat tidak kena friend zone nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen