12 tahun hidup merempat, pelarian Yaman kecewa tidak dibenarkan bekerja di Malaysia

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak dibenarkan bekerja secara sah di negara ini, seorang rakyat Yaman memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) yang menjadi pelarian di negara ini terpaksa merempat sejak 12 tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Gaber Ghaleb Mohammed Yahya, 50, yang ditemui di hadapan ibu pejabat UNHCR Malaysia di Jalan Bukit Petaling, di sini berkata, dia pernah bekerja namun serik selepas ditangkap dalam operasi imigresen.

Menurutnya, ketika kejadian tangkapan itu pada 2014 dia bekerja sebagai pemberi risalah menu untuk mempromosikan sebuah restoran Arab kepada orang ramai yang lalu-lalang di sekitar segi tiga emas di Jalan Bukit Bintang di ibu kota.

"Saya datang ke Malaysia pada 2010 untuk mencari hidup lebih aman kerana keadaan Yaman yang sangat teruk akibat peperangan berpanjangan. Ia termasuk daerah As Saddah tempat asal keluarga saya dan di Aden tempat saya dilahirkan.

"Saya memperolehi kad UNHCR selepas dua tahun tiba di Malaysia iaitu pada tahun 2012. Kemudian, ketika di jalanan semasa saya sedang mengedarkan risalah menu mempromosikan sebuah restoran Arab di Jalan Bukit Bintang, saya turut ditangkap sewaktu pihak imigresen sedang melakukan serbuan di situ.


"Sejak itu saya serik bekerja kerana bimbang diusir kembali ke Yaman. Saya mungkin mati jika balik ke negara asal yang kini dikuasai Syiah Houthi," kata penganut Islam Sunni itu.

Tambahnya, setiap hari dia akan merayu kepada pihak UNHCR untuk membantunya dan kemudian dia pulang ke 'tempat tinggalnya' di kaki lima sebuah kedai serbaneka di Jalan Maharajalela yang tidak jauh dari ibu pejabat UNHCR itu.

Lelaki yang sentiasa bertasbih itu berkata, dia pernah menumpang di Masjid Sri Petaling selama setahun namun diminta tidak lagi berbuat demikian kerana ditegur bahawa masjid itu bukanlah kediaman tetap.

"Hari-hari saya di sini. Polis pun selalu lihat saya di sini setiap hari dan tidak tangkap saya sebab mereka mungkin tahu keadaan saya. Sudah bertahun-tahun saya tidur di jalanan. CCTV (kamera litar tertutup) di kaki lima kedai pun rekodkan rutin saya setiap hari.


"Kelangsungan hidup saya adalah berdasarkan sumbangan orang ramai. Mereka tolong saya... bagi sedikit duit dan bagi makan sebab saya tidur di jalanan," katanya.

Ketika ditemui, dia duduk bersila di atas tikar dibawanya yang dihamparkan di rumput dengan membawa guni berisi sedikit pakaian, makanan, sejadah, ubat nyamuk bakar dan dua botol air untuknya berwuduk.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen