Kecewa dengan keputusan mahkamah, Amber dakwa Depp menang sebab pengaruh kuat?

Selepas kalah dalam kes saman fitnah ke atas bekas suaminya, Amber Heard memuat naik hantaran terbaharu di laman Twitter mengenai luahan hatinya.

Amber luah kecewa 

Dalam hantaran tersebut, pelakon 36 tahun itu akui kecewa dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada bekas suaminya, Johnny Depp.

 

 

"Kekecewaan yang saya rasa hari ini tidak terkata, saya sedih kerana segunung bukti masih tidak mencukupi untuk menegakkan kuasa yang tidak seimbang. Pengaruh dan pengaruh suami saya."

"Saya rasa dipermalukan..."

Selain itu, sebagai wanita, Amber juga merasakan dirinya dihina dan dipermalukan apabila mahkamah menolak ideanya berhubung isu keganasan wanita.

"Saya lebih kecewa dengan keputusan ini untuk wanita lain. Ia menolak idea bahawa keganasan terhadap wanita perlu dipandang serius..."

"Sebagai seorang wanita yang bercakap boleh menjadi publisiti yang dipermalukan dan dihina."

Terdahulu, media melaporkan pelakon Hollywood itu perlu membayar ganti rugi sejumlah AS$10 juta (RM43.85 juta) selepas kalah dalam kes fitnah suaminya, Johnny Depp pada 2018 lalu.

Bagaimanapun, difahamkan pihak Amber enggan membayar sejumlah itu atas faktor yang tidak dimaklumkan.

Anda masih keseorangan?

1,103,854 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen