Masih Lagi Berasa Murung, Walaupun Setelah Berkahwin? Bagi Yang Bakal Berkahwin, Anda Perlu Tahu!

Siapa kata mereka yang belum bertemu jodoh sahaja yang akan berasa murung? Kesunyian, tiada teman, sering menangis di waktu malam, tiada selera untuk makan, tidak mahu berjumpa orang ramai dan bersosial, tidak dapat mengawal kemarahan, adalah segala simptom untuk kemurungan. Tetapi mereka yang telah berkahwin juga, ramai yang mengalami kemurungan. Jangan terkejut ye para gadis dan lelaki!



Sebagai para remaja yang hanya bayangkan keindahan perkahwinan, ingat! Perkahwinan bukan hanya setakat indah di atas pelamin, anda tersenyum riang melihat ramai sanak saudara datang dan mengambil gambar bersama. Tetapi perkahwinan adalah anda berkongsi hidup dengan rakan kongsi yang dikenali sebagai isteri atau pun suami. Jika tiada persefahaman di antara anda berdua, khuatir perceraian yang akan berlaku.

Oleh itu, pasangan yang matang dan bertoleransi amat perlu untuk menentukan hubungan itu berkekalan. Jom baca punca-punca anda boleh murung setelah berkahwin.

1. Murung tiada duit.

Duit adalah elemen penting dalam kehidupan seharian, memang boleh di cari, jika tiada simpanan untuk masa hadapan, memang anda akan berasa sangat murung untuk mempertahankan mahligai perkahwinan anda. Pada 2018, anda perlu tahu kos sara hidup menjadi tinggi.

2. Murung ketika berpantang.

Ramai juga lelaki mengambil kesempatan pada isteri ketika ini. Ingat! Niat anda ingin berkahwin dengan si dia? Bukankah mahu hidup susah senang bersama, kenapa mahu tinggalkan isteri dan mencari lain? Bosan? Sila berpuasa sunat wahai lelaki! Kasihan pada isteri mahu menjaga anak, mahu menjaga perasaannya sendiri.


3. Murung jika suami atau isteri bekerja di luar kawasan.

Jika anda mendapat suami tentera, polis atau yang berbadan uniform dan bekerja di laut, pasti menyeksa jiwa dan raga. Ataupun si isteri bekerja sebagai pramugari. Situasi ini lah antara satu sebab anda belaku curang. Elakkan tinggal berseorangan di rumah, dan tinggal bersama ibu bapa atau keluarga terdekat!

4. Murung jika anda tidak dapat melahirkan anak.

Siapa sahaja yang tidak sedih jika belum lagi mempunyai rezeki untuk melahirkan anak. Si isteri pasti berasa murung jika anak yang dikandung gugur di awal atau di akhir bulan. Suami adalah orang yang terdekat perlu memberi isteri sokongan dari segi mental dan fizikal.

Kita tidak minta untuk menjadi murung, dengan harapan anda mendapat pasangan yang sentiasa setia walaupun anda murung dan susah untuk mengawal perasaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen