Konon nak buat konten tahan lori bergerak, remaja tak sempat selamatkan diri dilanggar hingga koma

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagai hilang akal, itulah yang boleh dikatakan kepada dua orang remaja lelaki ini yang sanggup melakukan apa sahaja demi menghasilkan konten yang menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang memaparkan dua orang remaja lelaki cuba menahan sebuah lori yang sedang bergerak laju.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka tergelincir ketika cuba melarikan diri mengakibatkan dilanggar lori manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.

Susulan dari kejadian itu, remaja berkenaan dikatakan cedera parah dan menerima rawatan hospital malah ada juga yang mendakwa dalam keadaan koma.

Untuk makluman, kejadian tersebut berlaku di Bandung, Indonesia.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganey mengecam akan tindakan remaja berkenaan yang sanggup mengadai nyawa mereka semata-mata konten. Bahkan, mereka juga kesal kerana remaja berkenaan tidak memikirkan ibu bapanya.

Terima kasih pemandu lori

Moga dipermudahkan urusan pemandu

Buat susah orang tua je

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen