Cuma bertahan 3 tahun, ini perjalanan kisah cinta Johnny Depp-Amber Heard

Sejak kebelakangan ini, kita terus disajikan dengan kontroversi membabitkan dua pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp dan juga Amber Heard.

Meskipun sudah berpisah, namun pasangan itu masih menjadi tumpuan selepas masalah rumah tangga mereka bergolak sehingga melibatkan kes mahkamah apabila Amber mendakwa bekas suaminya itu melakukan keganasan ke atas dirinya.

 

Di sebalik sisi gelap alam perkahwinan mereka, sebenarnya ada kisah bahagia yang pernah dilalui, tetapi mungkin ramai tidak tahu.

Awal pertemuan

Pertemuan pertama Amber dan Depp adalah sewaktu mereka sama-sama menjalankan penggambaran filem bertajuk 'The Rum Diary' pada tahun 2009.

Susulan 'cinta lokasi' berkenaan, Amber menjadi kekasih gelap Depp kerana ketika itu statusnya masih 'tunang' orang.

Bercinta

Selepas Depp bercerai dengan isteri, Vanessa Paradise pada tahun 2012, barulah mereka menjalinkan cinta yang sebetulnya.

Selain itu, mereka  turut menghebahkan kepada media sewaktu menghadiri acara Annual Heaven Gala pada tahun 2014 dengan memaklumkan bahawa kedua-duanya telahpun bertunang.

Berkahwin

Belum pun setahun bertunang, Depp dan Amber memutuskan untuk melangkah ke arah yang lebih serius iaitu ingin mengikat hubungan mereka dengan perkahwinan yang sah.

Maka dengan itu,mereka memilih tanggal 5 Februari 2015 untuk saling mengikat perjanjian suci (kahwin), yang mana majlisnya diadakan di pulau peribadi Depp di Bahamas.

Rumah tangga bergolak

Bagaimanapun, usia perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Depp dilaporkan melakukan kekerasan terhadap isterinya, Amber.

Demikian selepas melihat keadaan tangan Depp bengkak sewaktu melakukan penggambaran filem 'Pirates Of The Caribbean: Dead Tell No Tales' di Australia.

Kontroversi makin memuncak sekitar Mac 2015, Depp dikhabarkan bertengkar dengan Amber dan mulai menghancurkan botol, tingkap dan barang-barang dalam kediamnnya.

Lebih tragis, Depp juga didapati memotong sebahagian dari salah satu jarinya selama insiden itu.

Bercerai

Ekoran peristiwa itu, Amber nekad mengfailkan cerai pada 23 Mei 2016 selain memohon  penahanan sementara ke atas Depp kerana dikhuatiri lelaki itu akan membahayakan dirinya.

Bersama permohonan itu turut disertakan gambar kecederaan yang dialami Amber disebabkan oleh perbuatan Depp.

Mengikuti perkembangan semasa kes mereka, Amber akhirnya tewas terhadap Depp berhubung tuduhan yang dilakukan ke atas bekas suaminya.

Disebabkan perkara itu, tidak semena-mena dia perlu membayar pampasan melebihi AS$ 10 juta kepada pihak Depp sehingga pelakon wanita itu dilaporkan hampir muflis selain di senarai hitamkan daripada mana-mana siaran TV.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen