Menyelit tak bertempat, lelaki tunjuk samseng rakam bukti konon abang lori bersalah dikecam

Oleh: Zuzu Yasmine

Jalan raya bukan tempat untuk tunjuk siapa hebat kerana akan memakan diri sendiri kelak. Mana tidaknya, di jalan raya ini selalunya akan berlaku pelbagai kemalangan yang tidak dijangka.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang memaparkan rakaman dashcam sebuah lori berkenaan sikap biadap seorang pemandu kereta.

Dalam video yang dimuat naik oleh laman Twitter Isu Semasa Viral itu memaparkan seorang pemandu kereta jensi Honda Jazz cuba menyelit meskipun diimpit oleh beberapa kenderaan berat.

Bukan itu sahaja, pemandu berkenaan juga mengetuk pintu lori berkenaan beberapa kali sebagai tanda protes sekaligus beranggapan kenderaan berkenaan sengaja menghalang laluan tersebut.

Lebih menyakitkan hati apabila pemandu kereta berkenaan sanggup keluar semata-mata untuk mengambil gambar lori yang menghalangnya itu namun, tanpa dia sedar segala tingkah lakunya dirakam menerusi dashcam.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet geleng kepala melihat sikap pemandu berkenaan. Malah, mereka turut berpendapat bahawa pemandu kereta itu bernasib baik kerana tidak menjadi ‘sandwich’ dihimpit lori.

Turun tunjuk bodoh dekat orang

Penyabar abang lori ni

Nasib baik tak kemek

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen