Adibah Noor tampil lebih ramping, amalkan 6 suapan setiap kali makan

Oleh: Zuzu Yasmine

Muncul dengan penampilan yang baharu, penyanyi Adiba Noor dilihat semakin kurus hingga menjadi perbualan ramai.

Penampilan terbaharu itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi berusia 52 tahun itu di akaun Instagram miliknya pada petang semalam.

Memetik laporan mStar, pemilik nama Adibah Noor Mohd Omar itu enggan berkongsi berapa berat badannya yang sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan selepas mengamalkan gaya hidup yang baharu.

“Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia.

“Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa.


“Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang terkenal dengan lagu Terlalu Istimewa itu juga menyatakan bahawa dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badannya seperti sekarang.

“Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.

“Selain itu saya tidak mengambil makanan yang diproses. Sebagai contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.

“Saya akan cari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses atau dalam tin,” ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen