"Puas hati aku..." - Abang lori hon panjang kereta plat Singapura yang potong barisan buat netizen gembira

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video menunjukkan sebuah lori yang 'mengajar' 2 buah kenderaan dari Singapura yang memotong barisan menggunakan lorong khas lori/bas, buat netizen puas hati!.

 

"Dengan sengaja aku hon supaya polis datang..."

Perkongsian @ahmadzarinsamad di Tiktok membuatkan ramai setuju dan memuji tindakan tegasnya yang menekan hon dengan panjang sehingga menarik perhatian polis trafik untuk turun padang.

Menerusi video, pemandu Subaru dan Mazda tersebut telah menggunakan lorong khas bas/lori dengan tujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas kemudian memotong semula dan masuk ke lorong yang betul.

 

Geram dengan perkara yang berlaku, abang lori ini telah menekan hon hingga polis trafik segera menghampiri lokasi tersebut dengan cepat.

@ahmadzarinsamad #CapCut ♬ bunyi asal - #AhmadZarin#

"Aku dari Singapura ni pon suka..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen kagum dengan kecekapan dan kepantasan polis trafik berkenaan. Malahan ramai yang meluahkan rasa tak puas hati dengan sikap segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sebagaimana yang ditetapkan

"Puas hati."

"Up lagi video macamni, kami gembira..."

"Saya badmood tadi, tengok video abang terus happy..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen