Acah berani, lelaki 'menggelupur' bila tangan tersangkut pada sangkar harimau masa niat nak kacau

Oleh: Shasha Zack

Mulanya niat usik Pak Belang dalam sangkar, sekali bila tangan tersangkut, terus menggeletar lutut.

Itulah yang berlaku pada lelaki ini, yang menggelupur saat tangannya tersangkut pada sangkar sang harimau, mujur tiada apa-apa yang buruk berlaku!

"Kalau gini cuak dak.."

Perkongsian Tiktok Utusan TV menarik perhatian ramai yang terhibur saat melihat lelaki tersebut yang terlompat-lompat gara-gara ingin menarik tangannya keluar, bimbang dibaham Pak Belang.

Rakaman yang berdurasi 15 saat itu menyaksikan perubahan emosi lelaki berkenaan dari niat ingin mengacau bertukar cemas.

@utusantvofficial Reply to @startinkerbell . Kalau gini cuak dak 🤣🤣🤣. Kejadian di Pakistan. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound - UtusanTV

"Nasib pak belang tengah takde mood nak makan..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut lega kerana harimau berkenaan tidak menyedari akan apa yang berlaku, kerana jika tidak pasti jari lelaki tersebut hilang dibahamnya..

"Muka dari happy auto pucat."

"Nasib rimau tak nampak, kalau tak hilang jari..."

"Menggelupur terus, mesti jantung dia speed tahap nak meletop."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen