“Ladies First” Adakah Perlu Dalam Semua Perkara?

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada masa kini, seorang wanita mampu menanggung keluarganya manakala seorang lelaki pula mampu untuk menjadi suri rumah yang cekap. Akan tetapi sesetengah orang masih lagi berada pada zaman dahulu di mana, seorang wanita tidak mampu untuk melakukan kerja seorang lelaki begitulah sebaliknya. Tidak hanya itu sahaja, ia juga turut melibatkan seorang wanita tidak patut mendekati lelaki yang mereka minati terlebih dahulu. Kepercayaan itu turut dipercayai oleh semua wanita, walhal lelaki juga mempunyai naluri di mana dia ingin wanita mendekatinya terlebih dahulu.



Tetapi sebenarnya ia hanya melibatkan ego oleh kedua-dua belah pihak yang tidak mahu mengalah. Wanita percaya mereka tidak seharusnya mengambil langkah dahulu, manakala lelaki pula percaya jika wanita itu meminatinya, mereka ini akan mengejarnya. Namun, ramai lelaki tidak tahu beberapa faktor yang menjadi punca mengapa wanita tidak memulakan langkahnya dahulu.

Antara yang wanita paling risau adalah jika lelaki yang diminati itu telah menjalinkan hubungan bersama wanita lain. Sudah pasti dirinya akan dianggap pihak ketiga yang mengganggu sesebuah hubungan. Ia juga tidak mahu pasangan lelaki tersebut memandang serong terhadapnya. Jadi mereka ini akan hanya melihat lelaki itu dari jauh tanpa rasa untuk mendekati walaupun mereka tahu ada sedikit ruang untuk mereka mendekati lelaki itu.

Selain itu juga, personaliti diri seorang wanita juga turut memainkan peranan. Mereka memikirkan bahawa mereka ini tidak cukup cantik untuk diri anda. Ketakutannya itu dibutakan dengan tidak ada keyakinan terhadap diri mereka walaupun sebenarnya mereka ini mempunyai personaliti yang menarik. Tapi sebenarnya, ramai yang menganggap ini sebagai salah satu halangan untuk memulakan perhubungan.



Di samping itu juga, wanita juga turut risau jika mereka ini memulai dahulu satu perhubungan itu penilaian lelaki terhadap dirinya. Mereka takut dianggap tidak tahu malu mahupun penggoda oleh lelaki terbabit. Ia juga takut untuk dihakimi oleh lelaki terbabit berserta persekitarannya. Bagi wanita jika seorang lelaki itu mengambil langkah dahulu, bermakna dia seorang yang berani tetapi ia menjadi sebaliknya jika wanita memulakan dahulu.

Perkara ini adalah sangat ditakuti oleh setiap wanita yang ingin memulakan dahulu setiap perhubungan. Wanita akan kerap berfikir jika dirinya telah meluahkan namun si dia tidak berkata apa malah meninggalkannya pergi. Pasti itu akan memalukan dirinya. Mereka risau apa pandangan orang lain terhadap dirinya. Ini menjadi satu ketakutan buat semua wanita untuk memulakan satu perhubungan.

Apa yang boleh dirumuskan adalah, telah menjadi sifat semula jadi seorang wanita yang penuh dengan rasa malu. Oleh sebab itu, mereka ini tidak mengambil langkah awal malah membiarkan lelaki dahulu memulakan langkah. Walaupun pada akhirnya mereka juga akan kehilangan lelaki itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen