Terpaksa hentikan jualan air balang, Syahmi Sazli beri RM1,000 pada 15 pekerja di hari terakhir niaga

Oleh: Zuzu Yasmine

Kisah YouTuber dan pengarah terkenal, Syahmi Sazli pastinya sentiasa menjadi perhatian ramai, terutama video-video yang dikongsikan di media sosial.

Bukan itu sahaja, perniagaan air balang yang dijalankan sejak tiga bulan lalu juga dikatakan mendapat sambutan ramai.

Terpaksa hentikan jualan.

Bagaimanapun, YouTuber dan pengarah terkenal itu dikatakan terpaksa menamatkan operasi perniagaan air balangnya semalam.

Meskipun mendapat sambutan yang memberangsangkan namun keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana beberapa faktor seperti parkir di kawasan perniagaan kerana risau ‘terambil’ hak orang.

Beri RM1,000 pada pekerja.

Bukan itu sahaja, pada hari terakhir jualan air balang tersebut Syahmi juga berjaya memungut RM19,000 hasil jualan.

Terasa bersimpati akan nasib perkerjanya, Syahmi memaklumkan bahawa dia akan memberi RM1,000 setiap orang pada 15 pekerjanya sebagai gaji pada hari tersebut.

“Selepas dua bulan dan hari ini hari pertama bulan ketiga operasi kita, saya terpkasa tutup buat sementara perniagaan air balang ini.

”Hari ini hasil jualan cecah RM19,000 sepatutnya ada notis penutupan tapi kali ini ia mengejut, pekerja-pekerja saya tidak sempat mencari pekerjaan lain.

“Sebelum ini gaji RM200 ke RM300 seminggu, bonus pun dah kasi. Tapi hari ini saya akan bagi gaji RM1,000 seorang," katanya.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, dapat dilihat beberapa pekerjanya menangis selepas keputusan penutupan gerai air balang tersebut.

Untuk makluman, pengarah filem Mael Totey itu membuka khemah jualan air balang pelbagai perisa di hadapan pejabatnya di Kota Bharu, Kelantan.

Perniagaan tersebut kemudiannya tular pada bulan Ramadan lalu dan Syahmi membuat keputusan untuk terus berniaga disamping membantu anak muda yang tiada pekerjaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen