Cuma tanya pasal lauk, wanita kecewa kena bebel dengan 'owner' sampai habis makan

Jauh berjalan semata ingin menjamu keluarga dari Singapura, alih-alih kena bebel siap pakej disindir oleh pemilik restoran terkenal di Melakapula.

Sebagai pelanggan, wanita itu jelas terkejut dengan sikap pemilik restoran serta stafnya kerana ia bukan pertama kali dia datang makan di situ.

Kedai makan terkenal di Melaka buat hal lagi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh @isusemasaviral, dapat kita lihat luahan ringkas wanita terbabit sewaktu berkunjung ke restoran tersebut.

 

Cuma tanya pasal lauk, kena bebel sampai balik

Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, jadi dia bertanya sama ada lauk yang ada di tempat bufet hanya tinggal yang itu atau ada pilihan lain.

Namun, pemilik restoran datang menyampuk serta menyindir seolah-olah sengaja mencari masalah.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak mengeruhkan keadaan kerana akui masih menghormati wanita separuh usia itu yang digelarnya 'mak cik'.

Tak nak mengalah

Namun begitu, kejadian tadi berlarutan, hatta sewaktu dia sekeluarga sedang menjamu selera pun, mak cik berkenaan tidak henti membebel dan menyindinya.

Bezanya, sindiran kali ini lebih 'pedas' dan siapa sangka telah mengguriskan hatinya.

"Ada ke patut makcik tu kata, tak ada hasil le tu makan telur dadar je, tak ada duit jangan bawa mak bapak makan."

Lebih mengejutkan pihaknya sebagai pelanggan, jumlah kesemua makanan yang dipesan tadi berharga RM240.

Mengenangkan isu yang berlaku, wanita itu sedikit curiga dengan jumlah tersebut, jika jumlah tersebut adalah tidak betul, dia takkan menghalalkannya dunia dan akhirat.

 

Sehingga hantaran tersebut dimuat naik, difahamkan pemilik kedai itu masih tidak membuat permohonan maaf bagi menjernihkan semula keadaan, sebaliknya lebih memilih untuk mendiamkan isu tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen