Kereta langgar kaunter stesen minyak, ramai bimbang keadaan pelanggan dirempuh

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular akan sebuah video yang memaparkan sebuah kereta tiba-tiba bergerak melulu dan melanggar kaunter stesen minyak di Tawau, Sabah.

Dalam video rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik oleh laman Facebook Kosmo Online, memaparkan saat cemas tersebut.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu dapat dilihat seorang pekerja stesen minyak berkenaan sedang duduk di kuanter tersebut sebelum dirempuh kereta berkenaan.

Bagaimanapun, gelagat pekerja tersebut yang sedikit tenang dan tidak panik itu menjadi perhatian ramai.

Namun ada yang mendakwa terdapat mangsa dari kejadian tersebut yang merupakan pelanggan di stesen berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat reaksi pekerja tersebut. Bahkan, mereka juga berpendapat bahawa kereta berkenaan tertekan padel minyak.

Tenang je pekerja tu

Ada orang kena langgar tu

Apa jadi pelanggan tu?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen