"Nak lindung manusia dari malapetaka." - Elon Musk bakal bawa 1 juta manusia ke Marikh, bina 'Bahtera Nabi Nuh'

Oleh: Shasha Zack

Elon Musk dikhabarkan sedang menjalankan rancangannya untuk membina 1000 kapal angkasa moden, yang bakal menjadi pengangkutan utama manusia untuk memulakan hidup baru di Marikh.

Pengasas Tesla dan Space X itu juga turut menegaskan kehidupan berbilang planet akan membantu dalam memulihkan ekosistem di Bumi. 

A timeline of Elon Musk's wildest Twitter ideas - Protocol

Model kapal angkasa diinspirasikan dari kisah Nabi Nuh, bina bahtera...

Difahamkan, Elon Musk membina model kapal angkasanya demi menyelamatkan manusia daripada segala malapetaka yang akan berlaku di Bumi.

Beliau turut akui idea mereka kapal angkasa adalah diinspirasikan dari Kisah Nabi Nuh yang membina sebuah bahtera dengan tujuan untuk menyelamatkan umat manusia  daripada banjir besar.

“Menjadikan kehidupan berbilang planet meluaskan skop & skala kesedaran. Ia juga membolehkan kita membuat sandaran biosfera, melindungi semua hidupan seperti yang kita tahu daripada malapetaka di Bumi.”

“Manusia adalah penjaga kehidupan, kerana tiada spesies lain boleh mengangkut kehidupan ke Marikh. Kami tidak boleh mengecewakan mereka.”

 

“Bina 1000+ kapal angkasa untuk mengangkut kehidupan ke Marikh..."

Menerusi laporan GadjetNow, Elon Musk ketika ditanya mengenai rancangan pembinaan kapal angkasa ini menjawab, dia ingin mengangkut hidupan ke Marikh.

 “Bina 1000+ kapal angkasa untuk mengangkut kehidupan ke Marikh. Pada asasnya, Bahtera Nuh (sangat) moden.”

"SpaceX kini dalam perancangan untuk membangunkan Starship yang bakal membawa manusia dan kargo ke bulan, Marikh dan planet lain. Kenderaan itu terdiri daripada dua elemen: penggalak peringkat pertama yang dipanggil Super Heavy dan kapal angkasa peringkat atas yang dikenali sebagai Starship."

Elon Musk Enjoys Leisurely Lunch in St. Tropez With Girlfriend Natasha  Bassett | Vanity Fair

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen