Bayi 3 bulan ditinggalkan dalam kotak, JKM seru orang ramai bantu cari waris

Oleh: Shasha Zack

Menurut Sinar Harian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling sedang mengesan ahli keluarga atau waris seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di Orphan Care Petaling Jaya.

Ditinggalkan dalam kotak, kejadian berlaku sejak April lepas dan kini JKM sedang berusaha mencari warisnya.

ditinggalkan di kotak perlindungan

Ditinggalkan bersama sekeping nota...

Difahamkan ketika kejadian, bayi berkenaan ditinggalkan bersama sekeping nota menyatakan keadaan dirinya yang lahir pramatang ketika  kandungan berusia 33 minggu.

“Pelindung telah mendapatkan perintah mahkamah bagi meletakkan bayi itu yang kini berusia tiga bulan di tempat selamat sementara siasatan lanjut dilakukan.

“Mahkamah juga telah membenarkan siaran akhbar dibuat untuk mengesan ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai bayi tersebut mengikut peruntukan Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001. Bayi itu akan dibawa semula ke mahkamah pada 23 Jun 2022,” katanya.x

Bayi berusia 3 hari ditinggalkan dalam kotak di masjid - BERITA Mediacorp
Gambar hiasan 
 

Nama panggilan Adam

Menurut maklumat, nama panggilan bayi berkenaan adalah ‘Adam’, berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan bayi tersebut diminta tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling atau menghubungi Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen