Mandi Bunga. Boleh ke? Ikuti Penjelasan Ini.

Mandi bunga? Apa tu? Mandi bunga biasanya air yang dicampur dengan tujuh jenis bunga dengan perahan limau bagi tujuan tertentu. Biasanya orang menggunakan khidmat ini sebelum mengadakan majlis perkahwinan. Boleh ke? Jom baca penjelasan ini.



1. Dibolehkan (harus)

Jika terdapat ayat al-Quran tanpa mencampurkan amalan khurafat. Tujuannya hanyalah untuk menyegarkan badan, mengharumkan bau badan dan menaikkan seri wajah. Dalam bunga terdapat aroma yang tersendiri, dicampur pula dengan limau, ia boleh memberikan kesegaran pada tubuh badan. Maka, ini dibolehkan.

2. Dilarang (haram)

Sekiranya terdapat amalan khurafat. Macam mana nak tahu? Biasanya kalau tok-tok bomoh ni nak kelirukan orang, bismillah je awal-awal, kemudian tu entah apa-apa mentera yang digunakan tanpa kita faham ayat tersebut. Tak pun lain macam je bacaan ayat al-Quran tu. So, apa nak buat? lari je. Hehehe mintalah undur diri dengan cara yang baik. Kemudian lihat pada tujuan mandi bunga untuk apa? Kalau tolak bala, membuang sial, ini adalah dilarang dalam Islam.



So, kalau amalan mandi bunga yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan amalan Islam, ia adalah dibenarkan. Jika bertentangan dengan ajaran Islam atau ada campuran ayat al-Quran beserta dengan amalan khurafat, maka ianya tidak dibolehkan. Apapun, periksa dulu cara yang digunakan sebelum anda mendapatkan perkhidmatan di mana-mana tempat yang menyediakan khidmat ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen