Sambil borak ligat menyepak, gadis terkejut tiba2 lelaki datang ambil kucing di kakinya

Tak dinafikan bahawa ada segelintir individu tidak suka akan binatang berbulu, terutamanya kucing.

Hujahkanlah secomel atau sehebat apapun tentang kucing kepada mereka, perspektif mereka terhadap binatang berbulu itu tetap sama. Geli.

 

Remaja 'gatal kaki' sepak kucing di tempat awam

Namun begitu, tidak sewajarnya haiwan tersebut diperlakukan sepertimana yang dapat kita lihat menerusi perkongsian ifan di Tiktok.

@rumahkucingifan

 

♬ original sound - LATV Channel

 

Dalam video tersebut, memaparkan tindakan remaja perempuan, selamba menyepak haiwan itu sambil berborak dengan rakannya di tempat awam.

Awalnya, Ifan hanya merakam dari jauh, namun tidak sampai hati apabila kejadian itu berterusan membuatkan dia nekad untuk menyelamatkan kucing itu daripada mereka.

Alami luka di bahagia badan

Selepas kejadian, Ifan mendapati kucing malang itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badannnya .

Jadi dia membawanya ke klinik sekaligus membantu merawat dan menjaganya sehingga sembuh.

"Kalau tak suka jangan tendang"

Meninjau ke ruangan komen, ramai mengecam tindakan remaja berkenaan yang dianggap kejam kerana memperlakukan kucing seperti itu.

 

 

"Tak kacau dia pun"

"Berair mata tengok kucing"

 

 

"Terima kasih orang baik"

Bagaimanapun, mereka tidak lupa mengucapkan terima kasih atas keperihatinan pemuda berkenaan di atas kesudiannya menyantuni haiwan tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen